Tuesday, April 24, 2012

Wakil Rakyat Makan Duit Haram Jika... -Nik Aziz



KL 24 Apr 12: "SEKIRANYA wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam." Kata Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lapor Harakah sebentar tadi.

Beliau berkata demikian di Kota Bharu hari ini selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, yang akan diadakan pada 28 April ini, membantah kehadiran pengundi hantu dalam PRU 13 akan datang.

Menurutnya lagi..

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

Kerana itu, ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut beberapa perkara lain.

Menurut sumber Bersih 3.0, perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang di Dataran Merdeka itu turut akan dijalankan di seluruh negara. Juga termasuk di beberapa negara di seluruh dunia dengan anggaran seramai 500,000 peserta. Perhimpunan yang bertajuk “Duduk Bantah” itu masih lagi mengekalkan lapan tuntutan daripada perhimpunan sebelumnya pada 9 Julai tahun lalu. (IH)

1 comment:

IbnAbdHalim said...

Tapi bagi mereka halal haram tak timbul. Yang penting mesti menang. Menang bermakna kuasa. Kuasa boleh memiliki segala-galanya. Haram halal tak menjadi ukuran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails