Tuesday, May 29, 2012

1 Wanita Rogol 10 Lelaki. Bagaimana?




TAMBOV – Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar.
Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.
Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam. Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.
Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat. Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.
Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu. Polis mengenal pasti 10 mangsa walaupun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.

“Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine,” kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. Sumber berita adalah Agensi.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras atau naluri manusia yang suci menolaknya. Tidak kira samada lelaki atau wanita, apa agama sekali pun.
  • Allah berfirman, "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. (Al-Ma’idah 5:33).
  • Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan insan. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. 
  • Bolehkah penyakit begini menular ke negara ini?
(IH/pelbagai sumber)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails