Wednesday, May 23, 2012

6 Thn Berzina, Mengandung Anak Zina Ke4

CERITA...Noni menceritakan pengalamannya kepada Muhd Khairul, semalam.
CERITA...Noni menceritakan pengalamannya kepada Muhd Khairul, semalam. 
KL: “Tak pernah saya lihat ibu menangis seperti itu hanya kerana mempunyai anak tak berguna seperti saya. Saya berasa diri ini begitu bodoh kerana mengikut kata teman lelaki yang mahu berseronok.

“Bukan saja perlu menjaga anak-anak seorang diri, saya terpaksa menanggung kehidupannya (teman lelaki) kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menghabiskan masa dengan tidur di rumah,” kata Noni, 26 yang kini hamil anak keempat hasil hubungan luar nikah dengan teman lelakinya.

“Sejak dua bulan lalu saya tidak lena tidur memikirkan dosa-dosa saya yang terlanjur dengan teman lelaki sehingga melahirkan tiga anak. Saya sedar semua ini salah, tetapi saya harap diberikan peluang kedua.

“Disebabkan kesempitan hidup, saya menyerahkan mereka kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menyara kehidupan mereka tambahan pula hidup sendiri pun tidak terurus,” katanya yang menyerahkan tiga anaknya kepada keluarga angkat termasuk yang dikandung kepada sebuah pertubuhan hasil hubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

Noni ditemui ketika membuat aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhd Khairul Hafiz Abdullah di sini, semalam. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Bukti keadilan sosial dalam negara ini terabai.
  • Pengajaran Islam tidak sampai secara menyeluruh kepada rakyat negara ini.
  • Kerajaan perlu peka, kena ambil tahu bukan menunggu pengaduan

8 comments:

Temuluk said...

Hanya dengan melaksanakan Islam sebagai Ad-din(the way of life) sahaja dapat menghapuskan kemungkaran yang berlaku di Malaysia. Salagi Islam tidak dijadikan ad-din selagi itulah kemungkaran akan berterusan, kerajaan umno-bn tidak ambil kisah perkara ini. Diharapkan kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan mengambil berat soal ini.

Anonymous said...

Sokong.

abuamir said...

Setuju 100% dgtn temuluk kerana Islam hanya bab ibadah saje, cara hidup tak beza dgn org kafir. Ramai belajar agama tetapi bab aqidah Islam tak lepas. Melayu ramai beraqidah yahudi spt kata TGNA.

Ubah kerajaan umno/bn kpd kerajaan PR.Selamatkan aqidah melayu Islam bukan hasan aqidah.

abuamir said...

Setuju 100% dgtn temuluk kerana Islam hanya bab ibadah saje, cara hidup tak beza dgn org kafir. Ramai belajar agama tetapi bab aqidah Islam tak lepas. Melayu ramai beraqidah yahudi spt kata TGNA.

Ubah kerajaan umno/bn kpd kerajaan PR.Selamatkan aqidah melayu Islam bukan hasan aqidah.

Anonymous said...

Sangat manis klu yg mengadu perempuan dilayan oleh perempuan, begitu sebaliknya . Al maklum le. Faham2 le.

Nanti lain pulak ceritanya. Guru2 aku dulu pesan gitu le.
Sokong tak, sokong tak?

(saya ni nak agar kita ni lebih baik dari UMNOoooo, wlu mngkin perkara ni kecikkkk, tapi Allah tak suka. Kan ramai pompuan cerdik2 bole jadi kaunselor/penasihat?)

Ngah Phg asal Melaka said...

saya pun sokong...oleh kerana umno/bn gagal menguruskan negara bahkan dia yg seperti harapkan pagar..pagar tu yg mkn padi sambai kenyangnya sepatutnya dia jagakan..penting sgt pagar itu dirobohkan dan digunakan pagar yg boleh diharapkan...apa lagi Pakatan Rakyat lah skrg......ayuhhh sdra/sdri

Ahmad Al-banjari said...

Bagus Ngah Pang

Anonymous said...

Ada orang PAS kat situ kan? Apa dia orang buat hingga tak sempat nak berdakwah? Heran sungguh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails