KOTA BHARU, 3 Mei 12: Kerajaan Kelantan menuntut lima perkara sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke negeri ini bermula esok.
Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu meluluskan tuntutan kerajaan negeri berhubung pemberian royalti petroleum.
Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan Pusat juga amat wajar menyediakan bajet pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang dan lebuh raya Pantai Timur yang telah ditarik balik pembinaannya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khasnya, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.
Selain itu, katanya kerajaan Pusat juga perlu membantu kerajaan negeri untuk pembinaan stadium bagi menggantikan yang sedia ada memandangkan sokongan rakyat terhadap bidang sukan di negeri itu semakin meningkat.
“Kerajaan Pusat juga seharusnya menunaikan permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang di samping menyediakan bantuan untuk pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa,” ujarnya.
Sambungnya, Perdana Menteri sendiri pernah mengisytiharkan negeri ini paling miskin di Malaysia, sewajarnya bantuan dan perhatian diberi secara khusus.
“Walau bagaimanapun kami percaya lawatan Perdana Menteri kali ini ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan.
“Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri ini sebagai cagarannya,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.
Beliau bagaimanapun berharap rakyat di negara ini lebih matang menilai pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh 22 tahun ini walaupun difitnah pelbagai agenda buruk oleh pihak lawan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa misi PM lawat Kelantan esok? Sudah tentu ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan. Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri itu sebagai cagarannya.
Rakyat perlu jaga-jaga. Zaman sekarang ini orang memancing ikan pakai umpan plastik, yang tidak ada nilai permakanan sihat. Hanya cantik di mata, tetapi mencekek rengkong, akhirnya kelupor.. Kalau PAS dikatakan umpan Syurga, al-hamdulllah. BN pula umpan Neraka seperti umpan mata pancing tadi?
No comments:
Post a Comment