DUA kakitangan firma Sotheby's memegang lukisan The Scream di New York kelmarin.
NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream
dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus
mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual
dalam satu acara lelongan.
Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80 juta (RM242 juta). Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut. Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude, green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua tahun lalu.
"Ia sangat berbaloi untuk dimiliki," kata Tobias Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.
Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat dalam seni halus. Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat kedua selepas potret Mona Lisa. Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa rahsianya sehingga harga begitu tinggi? Mungkinkah kekuatan pertamanya kerana jurulelong yag pandai melelong? Disitulah kreatifnya?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
No comments:
Post a Comment