Saturday, May 26, 2012

Bahtera Nuh Di Hong Kong

Bahtera Nuh tersergam indah dengan pemandangan laut dan jambatan
gantung besar di belakangnya di Noah's Ark Theme Park, Hong Kong
HONG KONG – Salah satu kisah yang paling terkenal dalam Alkitab ialah kisah Bahtera Nuh. Sekarang orang boleh melawat replika saiz sebenar bahtera itu di salah satu bandaraya paling terkenal di dunia, Hong Kong. 

Bahtera itu telah dibangunkan bersebelahan sebuah jambatan gantung yang besar dan bersebelahan salah satu jalan air paling sibuk di dunia. Kisahnya bermula dengan suatu usahasama yang unik yang melibatkan kerajaan, sebuah syarikat pemaju pembangunan dan pertubuhan-pertubuhan Kristian dalam jalinan kerjasama.
Pada penghujung tahun-tahun 90an, Hong Kong memerlukan sebuah jambatan untuk menyambung bandaraya itu dengan lapangan terbangnya yang baru. Matthew Pine adalah pengurus taman tema rekreasi “Noah’s Ark.”
Sebagai sebahagian daripada rencana pembangunan keseluruhan, ada sebuah pulau yang perlu dimajukan untuk membolehkan pembinaan jambatan itu,” dia mengingat kembali. 
Pemandangan malam Noah's Ark Theme Park, Hong Kong
Sebagai peguam untuk pihak pemaju, Hugo Chan mempunyai cadangan untuk pihak kerajaan.

“Kami boleh menolong Kerajaan membina jambatan itu, berunding dengan pemilik-pemilik tanah di pulau itu, dan membina taman tema rekreasi untuk masyarakat umum, dan dengan izin memindah-alihkan kampung-kampung dan membina projek pembangunan perumahan,” katanya kepada pihak kerajaan.
Dengan itu kerajaan pun membina jambatan, apartmen-apartmen dan taman tema rekreasi itu.
“Pihak kerajaan mempunyai visi untuk melakukan sesuatu yang hebat, sesuatu yang tampil berbeda. Jadi mereka menyarankan banyak idea-idea. Sebahagian daripada idea-idea itu benar-benar keterlaluan dan tidak munasabah,” kata Pine.
Hampir 70 pasang replika binatang bersaiz sebenar dipamerkan 
Pihak pemaju mengatakan bahawa visi untuk bahtera itu datang  daripada seorang anak kecil perempuan berusia 8 tahun.

“Ianya berasal dari hati seorang anak kecil perempuan berusia 8 tahun.  Dia melukiskan suatu gambar, dan bapanya mengambil idea itu. Pegawai-pegawai kerajaan tertarik dengannya dan dari situ para arkitek dan jurutera membina pelannya,” jelas Pines. “Pasukan pemasaran juga mengikut serta. Kerajaan Hong Kong juga tampil memberi sokongan. Dan akhirnya mereka menjadikan apa yang anda lihat hari ini.”
Para kontraktor membina bahtera itu sepertimana yang dikatakan Alkitab – 300 hasta panjangnya,  50 hasta lebarnya dan 30 hasta tingginya. Ramai percaya bahawa bahtera dalam Alkitab itu adalah pembinaan kayu yang paling besar pernah berlayar di laut.

Di luar bahtera itu, ada sebuah taman yang mempamerkan hampir 70 pasang replika binatang bersaiz sebenar and juga beberapa pasang binatang yang hidup. Di dalam bahtera, beberapa binatang yang jarang ditemui juga dipamerkan seperti nautilus, toucan dan ikan-ikan eksotik.

Filem animasi ditayangkan pada layar-layar skrin yang menunjukkan bagaimana bahtera yang asal mungkin telah dibangunkan dan bagaimana sistem pengudaraannya mungkin dibentuk. Pameran-pameran itu juga mengisahkan bagaimana kisah bah besar itu hampir-hampir sejagat di kalangan kebudayaan-kebudayaan dunia zaman silam.

Para pereka bahtera itu menampilkan kisah Nuh pada ketika dia membuka gerbang bahtera selepas bah itu berakhir.

“Sebab mengapa kami memilih detik itu dalam kisah itu ialah kerana inilah mesej yang kami mahu berikan kepada Hong Kong, kepada China dan dunia hari ini,” kata Pine.

“Dalam hidup, kita sentiasa menghadapi bah, kita pasti menghadapi pencubaan, kita pasti menghadapi kesukaran,” jelasnya. “Jika kita dapat mencari suatu bahtera yang boleh menolong kita melalui ribut itu, dan melalui bah di dalam kehidupan yang mungkin mengancam hidup kita, supaya kita boleh melepasinya, mempunyai permulaan baru, dan memiliki harapan baru, seperti pada  zaman Nuh.”
Para pengunjung melawat di Noah's Ark Theme Park
(Dipetik dan diterjemah daripada traskripsi siaran CBN "Life-Size Noah's Ark Opens in Hong Kong" bertarikh 22 Ogos 2011)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-23: Mendaki Gunung Mencari Bahtera Noh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails