Bank Islam raih Anugerah Platinum
Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Platinum bagi perkhidmatan kewangan Islam untuk tahun keempat berturut-turut pada penganjuran Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2012.
Bank itu dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu adalah berdasarkan pengguna yang mengundi melalui kajian yang dijalankan dalam kalangan pembaca majalah. Dalam kajian itu, pengguna diminta menilai jenama paling dipercayai berdasarkan enam kriteria kualitatif seperti kebolehpercayaan dan kredibiliti, kualiti, nilai pemahaman keperluan pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial.
Jenama yang menerima Anugerah Platinum mencapai kedudukan Matematik sekurangkurangnya dua kali ganda berbanding pesaing terdekat.
"Bank Islam berasa amat berbesar hati dan merendah diri menerima status berprestij kerana ia mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan.
"Kepercayaan adalah elemen penting dalam perniagaan. Oleh itu, Bank Islam akan terus berusaha memperoleh serta mengekal kepercayaan pelanggan dari masa ke masa," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bank Islam untung dan raih anugerah, tetapi menzalimi penyimpannya. Contohnya, seorang mangsa yang simpan duit dalam Bank Islam lesap RM6,000, tiada gantinya. Masing-masing saling menyalahkan antara Pihak Bank dan Pihak Polis. Kes ini berlaku hampir tiga tahun lalu. Report polis tersebut dibuat pada 2 Ogos 2008. Tapi pihak bank sampai sekarang tiada apa-apa tindakan diambil.
Weblog Ibnu Hasyim telah menerima pengaduan dari seseorang yang kami kenal rapat.. Begini pengaduannya.. Sambung.. Klik gambar di bawah...
Bank Islam Untung, Tapi Wang Lesap Tiada Ganti
1 comment:
RHB Berhad pun laaaaaaaaaaaaaagiiiii bagus, sebab ada sekali tu kad kerdit aku di klon oleh malaun mana entah, dan bila aku melaporkan pada mereka. Aku tak perlu bayar senarai yang aku gariskan bukan perbelanjaann aku.
Post a Comment