Monday, May 21, 2012

Bertudung Saperti Ini Masuk Neraka?


Bertudung Yang Tidak Menutup Aurat Dan Penghuni Neraka

KAMU lihat sendiri adakah pakaian bertudung bagi wanita-wanita di atas menutup aurat, seperti yang dikehendaki oleh agama Islam? Itulah antara pakaian-pakaian wanita-wanita Islam di Malaysia kini, termasuk isteri Perdana Menterinya. Bagaimana pandangan Islam tentang aurat wanita?

Kata Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,  
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat...
  •  Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia 
  • dan para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang senget.. 
Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Hurai sikit.. 

Hadits ini merupakan tanda mukjizat kenabian. Kedua golongan ini sudah ada di zaman kita saat ini. Hadits yang sangat mencela dua golongan macam ini. Kerosakan seperti ini tidak muncul di zaman Nabi SAW kerana keindahan zaman pimpinannya, namun hal ini baru terjadi setelah masa kehidupan beliau.(Lihat Syarh Muslim, 9/240 dan Faidul Qodir, 4/275).Wahai Rabbku. Dan zaman ini lebih nyata lagi terjadi dan kerosakannya lebih parah.

Apa maknakasiyatun ‘ariyatun (berpakaian tapi telanjang)? 

An Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadits di atas mengatakan, ada beberapa makna kasiyatun ‘ariyatun ini.

Satu: Wanita yang mendapat nikmat Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
Dua: Wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melakukan ketaatan kepada Allah.  
Tiga: Wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksud wanita yang berpakaian tetapi telanjang. 
Empat: Wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya. 

Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. (Lihat Syarh Muslim, 9/240). Pengertian yang disampaikan An Nawawi di atas, ada yang bermakna konkrit dan ada yang bermakna maknawi (abstrak). Begitu pula dijelaskan oleh ulama lainnya sebagai berikut:

Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengatakan, “Makna kasiyatun ‘ariyatun adalah para wanita yang memakai pakaian nipis yang tergambar bentuk tubuhnya, pakaian tersebut belum menutupi (anggota tubuh yang wajib ditutupi dengan sempurna). Mereka memang berpakaian, namun pada hakikatnya mereka telanjang.” (Jilbab Al Mar’ah Muslimah, 125-126)

Al Munawi dalam Faidul Qodir mengatakan mengenai makna kasiyatun ‘ariyatun

“Nyatanya memang wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya dia telanjang. Kerana wanita tersebut pakai pakaian yang nipis sehingga dapat nampak kulitnya. Makna lainnya, adalah dia menampakkan perhiasannya, namun tidak mahu pakai pakaian takwa. Makna lainnya, adalah dia mendapatkan nikmat, namun enggan untuk bersyukur pada Allah. Makna lainnya lagi, adalah dia berpakaian, namun kosong dari amalan kebaikan. Makna lainnya lagi, adalah dia menutup sebahagian badannya, namun dia membuka sebahagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutupi) untuk menampakkan keindahan dirinya.” (Faidul Qodir, 4/275)

Hal yang sama juga dikatakan oleh Ibnul Jauziy. Beliau mengatakan, makna kasiyatun ‘ariyatun ada tiga makna.

Satu: Wanita yang memakai pakaian nipis, sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya. Wanita seperti ini memang memakai jilbab, namun sebenarnya dia telanjang. 
Dua: Wanita yang membuka sebagian anggota tubuhnya (yang wajib ditutup). Wanita ini sebenarnya telanjang.
Tiga: Wanita yang mendapatkan nikmat Allah, namun kosong dari syukur kepada-Nya. 
(Kasyful Musykil min Haditsi Ash Shohihain, 1/1031) 

Kesimpulan. 

Kasiyatun ‘ariyat dapat kita maknakan,: wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak bahagian dalam tubuhnya dan wanita yang membuka sebahagian aurat yang wajib dia tutup. Ini adalah salah satu penyakit soaial dalam masyarakat kini. Akibatnya, pesan Nabi SAW, wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

Bukan sahaja tak dapat masuk syurga, cium baunya pun tak dapat, walaupun aroma wangian syurga itu teap mengharum dalam jarak jauh. 

An-Nawawi rahimahullah menjelaskan maksud sabda Nabi SAW ‘wanita tersebut takkan masuk syurga’. Inti dari penjelasan beliau. ialah, 'Yang sebenarnya haram dan dia pun sudah mengetahui keharaman hal ini, namun masih menganggap halal untuk membuka anggota tubuhnya yang wajib ditutup (atau menghalalkan memakai pakaian yang nipis), maka wanita seperti ini kafir, kekal dalam neraka dan dia tidak akan masuk surga selamanya.'

Dapat dimaknakan juga bahawa wanita seperti ini tidak akan masuk syurga untuk pertama kalinya. Jika memang dia ahlu tauhid, akan datang dia akan masuk syurga juga. Wallahu Ta’ala a’lam. (Lihat Syarh Muslim, 9/240) 

PAS atau UMNO?

Golongan yang tidak pakai tudung, tidak berpakaian lingkup menutup aurat atau kasiyatun'ariyat akan menjadi penghuni neraka, tidak dapat masuk syurga bahkan cium baunya pun tak dapat. Ini bukan fatwa siapa-siapa, bukan kata ulama mana-mana. Bukan orang-orang ini yang menentukan siapa penghuni syurga atau neraka. Ini kata Nabi.

Sama dengan orang yang menuduh seseorang ulama itu menentukan atau menfatwakan masuk syurga-nerakanya sesaorang. Sebenarnya bukan dia yang menentukan, tetapi beliau cuma membacakan  hukum yang ditentukan. 

Begitu juga masuk syurganya orang yang menyokong perjuangan Islam, menyokong parti Islam, bukan Nik Aziz MB Kelantan yang tentukan.. Itu juga adalah perintah Nabi SAW dan tuntutan agama. Di Malaysia yang mana parti Islam, PAS atau UMNO?
Sekian. (IH)

19 comments:

  1. salam....

    saya rasa anda ada masalah split personality

    ye.. kesemua gambar diatas adalah ciri2 mereka yang jauh dari syurga

    soal mereka masuk syurga atau neraka bukan urusan kita

    yang pasti menyiarkan gambar terdedah aurat dan bogel juga ciri ciri yang kearah itu?

    niat tak menghalalkan cara

    ReplyDelete
  2. 'soal mereka masuk syurga atau neraka bukan urusan kita' Itu lojik bodoh kamu.

    Tiba-tiba kamu terperangkap dengan lojik bodoh itu bila menghukum 'menyiarkan gambar terdedah aurat dan bogel juga ciri ciri yang kearah itu (jauh dari syurga)'

    Itu alasan tiada 'hujah, dalil & fakta' kamu, bila mengulas mengenai gambar.

    Carilah alasan lain, jangan guna modal lama. Tuan punya blog sudah jawab berkali-kali, tapi masih bengap lagi.

    Baca tulisan itu betul-betul, tak paham-paham macam anjing bercawat ekor,walau 10 jong masuk.

    Lambat siang nak komen, huh!

    ReplyDelete
  3. Saya rasa Ali Mahmud member Member Wahabi Malaysia..

    Ciri2 Wahabi - bila berhujah suka kutuk2...hehehe

    Member2 Wahabi pantang comment secara berhemah...

    ReplyDelete
  4. Kamu jawab secara hemah, mengapa kamu bela isteri PM tidak menutup aurat?

    Sudahlah kamu tidak dakwah mereka, kamu lawan orang yang ingin membetulkan mereka. Manusia jenis apa kamu? Entah-entah anak isteri kamu pun berpakaian begitu. Kalau tidak kamu tidak bela mereka.

    Senang-senang menuduh orang Wahabi Kamu tahu apa itu wahabi? Isteri orang Wahabi yang menutup aurat lebih baik dari isteri orang UMNO yang tidak menutup aurat, dan orang-orang yang berpikiran seperti kamu.

    Pegi mampuslah balaci-balaci UMNO.

    ReplyDelete
  5. Kalau mampu tegur, tegurlah.
    Klu tak, edarkan fliers ke dll seumpamanya.
    Klu tak mampu juga, berdoa lah.
    Semata2 Kerana Allah.

    Mungkin mereka2 tu anak kita, keluarga kita, paling tak pun sedara seIslam.

    InsyaAllah antara yg menjadi pembela kita di akhirat nanti ialah amal saleh yg kita buat di atas tu.

    Berbaik sangka pada TT, keperhatinannya kita raikan.

    adik

    ReplyDelete
  6. T.kasih anon di atas. Teruskan berdakwah, bukan halang blog yang sedang berdakwah.

    Itulah asam garam dakwah. Ada manis, ada pedas. Bukan seperti dakwah ketam tumpul, kena buku keras angkat. Pilih yang sedap saja, suruh yang baik saja, cegah mungkar tak ada.

    Dakwah kepada rakyat miskin saja, kepada bini menteri takut.

    ReplyDelete
  7. Hi Ali Mahmud ni...

    Saya sendiri pangkah pas masa pilihan rasa lepas...ni masalah comment dlm internet...

    Oleh sebab cara dakwah Ali Mahmud yg keras buat ramai yg lari dari Islam...dan pas... dan bawak perpecahan dalam barisan Islam

    Org macam Ali Mahmud boleh dakwah kat Saudi jee... tak sesuai di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. gua tengok dari isi2 blog ni gua simpulkan tuan punya blog ada possibility anut 2 mazhab. Satu maybe mazhab Nik Aziz yang pernah kata sanggup pakai syaitan untuk menangkan Islam, jadi tuan punya blog as Nik Aziz punya follower ambil guna gambar-gambar syaitan untuk menangkan Islam. Satu lagi maybe dia ikut mazhab hawanafsu, dia main pilih mana yang kena dengan nafsu dirinya dan cari hujah to defend his belief. Ada sipi2 mazhab Nik Aziz dari tendency dia untuk really hate Umno sampai ke lubang cacing Who ever against him will be blamed as Umno's supporter. This is just another follower of those who believe they are supperior enough to use Satan as their soldier to defeat Umno. This blog doctrin must have a close link to Salman Rushdie who promote openness such as using obscene photo to pull crowd in order to instill their doctrin. Doctrin of choosing what ever suit to their nafsu serakah. A full combination of sects like syiah, liberal, wahabi, salafi, anti-hadith, orthodoxs, moderate, fundamental, etc

    ReplyDelete
  9. Tuan blog, buang saja komen anon di atas, tak ada hujah, merapu saja. Memang sah ini kerja balaci umno. no um!

    ReplyDelete
  10. pUAK2 uMNO dAH kALAH hUJAH.. nAMPAK SANGAT BODOHNYA mEREKA.

    HE HEH HE.

    ReplyDelete
  11. niat tak menghalalkan cara, MENGAPA TUaN BLOG INI TAK JAWAB.

    ReplyDelete
  12. Biar aku jawab.

    Yang halalkan cara itu ialah UMNO dan balacinya.

    Mengapa mereka halalkan cara Rosmah pakai tudung?

    Mengapa UMNO halalkan arak dan judi? Jangan kira Selangor, Selangor dibawah kuasa kerajaan Persekutuan. Kalau Persekutuan larang Selangor kena ikut.

    Mengapa halalkan cara maki hamun Tok Guru Nik Aziz, bahkan kafirkan sesama Islam (Nik Aziz)?

    Halalkan cara UMNO perintah M"sia makan hasil ekonomi haram, spt pusat hiburan, hotel pelacur?

    Cukup setakat tu dulu, aku nak dengar apa kata balaci umno tu jawab..

    ReplyDelete
  13. Ana baru jumpa blog ni & tengok2 post sblumnya.

    Jujurnya ana berpendapat, TT ni dia mungkin ingin supaya semua umat Islam kembali pada Islam, cuma cara dia mengulas & pos gambar2 tu tak berapa cantik & manis. Yg dedah2 aurat SANGAT2 MELAMPAU/KETERLALUAN tu patut sensor le ('blur'kan ke, dsbnya).

    Kalau TV2, media2 lain buat, kita hendaklah berbeza.

    Tapi ttg isu2 semasa dll, ana suka baca.

    Kita semua akan disoal ttg apa yg kita tulis, cakap, buat dsbnya. Manusia tak sempurna selain Nabi saw & para anbiya.
    Dan Sesungguhnya Yg Maha Sempurna hanyalah Allah.

    Rosmah tak tutup aurat, pada mata ana mmg tak cantik, wlu mungkin dia belanja banyak utk set rambut & bersolak .
    Yg cantik & berseri2 ialah yg tutup aurat SEMPURNA, sbb cantik tu dari Allah, yg patuh perintahNya lah yg layak dikurnia cantik & berseri2 di sisiNya.Begitu juga le hidayah.

    Apa nak buat, bukan dia saja, malah kbnyakan isteri pembesar2 UMNO kbnyakan tak tutup aurat.

    (Tegur menegur sesama sedara seIslam).

    ReplyDelete
  14. Apa kata Ustaz Azhar Idrus tentang gambar dedah aurat:
    " Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat."

    Kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus pada 29 Januari 2012 di masjid Shah Alam.

    Berdasarkan jawapan Ustaz Azhar Idrus, tuan punya blog buat banyak benda haram.

    Tapi gua yakin dia akan tolak jawapan Ustaz Azhar Idrus sebab jawapan itu tak sama dengan selera hawa nafsu dia.

    Dia akan pukul borong pendapat yang sesuai dengan nafsu serakah dia saja. Matlamat blog ini nak tarik orang masuk dengan gambar lucah, lepas tu nak dakwahlah kononya.

    Hanya Salman Rushdie saja yang akan perkenankan cara dia berdakwah...sebab itu gua kata dia ni anut fahaman mazhab campuran syiah, khawarij, muktazilah, jabariah, sunnah, salafi, liberal, anti-hadith, zahiri, wahabi, fundamentalisme, moderate, Al-Qaeda, Hamas, Hizbullah etc etc.

    Dan mana satu antara fatwa yang sesuai dengan kepala nafsu dia, dia akan terima sehingga sampai masa dia akan buat Mazhab dia sendiri dengan Nama Ajaran Ibnuhasyim al-belasahi

    ReplyDelete
  15. Tengok fikiran di atas, dia menuduh orang sesat (..dia ni anut fahaman mazhab campuran syiah, khawarij, muktazilah, jabariah, sunnah, salafi, liberal, anti-hadith, zahiri, wahabi, fundamentalisme, moderate, Al-Qaeda, Hamas, Hizbullah etc etc.), dia kaitkan nama ustaz lain di pihaknya.

    Dia tuduh Ibnu Hasyim saperti Salman Rushdie yang murtad. Ibnu Hasyim anti hadis yang murtad. Dia tidak tolak perlembagaan UMNO yang tolak dua-dua, Quran dan Hadis.

    Mengenai gambar, saya hormat pandangan Ustaz Azhar, dan saya juga pengikut Ustaz Azhar. Saya juga hormat pandangan Ibnu Hasyim, walau pun saya kenal beliau dari jauh..

    Jangan lagakan dua pendapat yang tujuannya sama-sama berdakwah, hanya kerana gambar isteri PM yang tidak bertudung lingkup. Bahkan sanggup mengkafirkan orng lain.

    Ingat kalau yang dituduh itu tidak kafir, kafir itu berbalik kepada penuduh. Na'auzubillah. Ini bukan gurauan, bukan perkara kecil.

    Kalau betul-betul kamu orang jujur, sila beri nama, alamat, no telefon kepada blog Ibnu Hasyim, (saya harap IH bersetuju), kita bertemu dan muzakarah.

    Sila bawa kawan-kawan kamu, kalau takut jumpa sorang. Kita tidak mahu jadi macam Rahim Noor dan NST yang sedang disaman oleh Tok Guru Nik Aziz.

    Saya harap saudaraku se Islam ini berfikiran terbuka dan bertenang. As-salamu 'alaikum?

    ReplyDelete
  16. Lu tengok nama kat atas tu...aiiik nama Ali Mahmud? Siapa dia Ali Mahmud tu? asyik defend tuan punya blog dan dari komen di atas tu nampak sangat dia berlebihan menjawab on-behalf tuan punya Blog...lu siapa? gua suspect lu adalah tuan punya blog tetapi takut pakai nama sendiri dan menyamar sebagai Ali Mahmud...itu taktik basi la bro! apasal lu takut pulak guna nama sendiri dan kemudiannya menjadi orang lain untuk menjawab segala soalan dan komen orang pada lu. Siapa jujur, siapa tak jujur? Lu tuduh pula gua kata lu 'kafir' dan 'sesat' padahal gua tak ada sebut ayat-ayat tu. Gua sebut lu anut fahaman mazhab campuran gua tak kata lu sesatpun apasal lu terasa pulak?.lu tak tengok ke semua mazhab yang gua sebut tu bersolat, semuanya percaya Tuhan dan banyak persamaan lain lagi sesama mazhab cuma pendekatan mereka berbeza dalam beberapa hal dalam bab dakwah dan lain-lain, kalau lu campur semua yang sesuai dengan lu punya nafsu dan masih tetap di landasan Islam ada boleh jatuh kafir ke....lu pakai la otak sikit gua tak ada hukum lu apa-apa, gua komen saja sebab gua kagum lu punya akai yang licik untuk kasi gemuk lu punya nafsu.
    Gua kata Salman Rushdie suka cara lu punya cara dakwah, ada makna gua tuduh lu kafir ke? Kalau gua kata Nelson mandela suka cara lu punya pendekatan ada makna lu jadi kafir ke, kalau Ayah Pin suka cara lu punya dakwah ada makna lu jadi kafir ke? apa lu sendiri takut dengan lu punya bayang ke? Apasal mau muzakarah pulak, gua komen saja dan bukan gua kasi jatuh hukum sama lu punya badan, itu berdasarkan apa yang gua lihat dan faham dengan lu punya pendekatan dakwah, kalau lu tak setuju dengan gua punya rumusan, itu lu punya pasallah, apa gua mau peduli. Bila masa pulak gua emosi dan tidak berfikiran terbuka? lu nampaknya berfikiran tertutup dengan gua punya rumusan tentang lu punya pendekatan dakwah. Gua apa peduli lu umno atau pas, lu suka ustaz azhar atau tidak, gua cuma tertarik dengan sikap orang dakwah macam lu yang dah mula melondehkan moral dengan menggunakan gambar-gambar berahi. Itu pendekatan yang baru dan tak ada lagi ustaz siuman yang berakhlak tinggi sanggup guna..sebab itu gua kata lu lu punya mazhab ada dorongan nafsu serakah. Gua punya komen semua bukan emosi la bro.

    ReplyDelete
  17. Dah, dah , dah, jgn le gadoh gaduh.

    Masing2 dlm hati ade paling tak pun sekelumit perasaan, hasrat nak patuh pada Islam, tapi manusia ni sikit beza2.
    Dan jgn lupa dlm beza2 pendapat tu , Syaitan dah masuk jaru. Ingat tu ye sedara seagama ku. Apa yg bole satukan kita? Ilmu & amal.

    rata2 pembaca kurang setuju hanya pada gambor2 keterlaluan tu (mislanya, yg nampak tetek, punggung tu dll). Tanyalah yg arif ust Azhar ke, ttg tu, klu pemdapat2 pembaca TT tak mau terima.

    Sbnarnya, klu dipandang secara positif, pembaca2 yg tegur tu, sayangkan TT. Allah bila Dia sayangkan seseorg , dihantarNya org lain menegur, atau didugaNya, dll.

    ucapkan 'Alhamdulillah, ya Allah..Kerana kasih sayngMu pada hambaMu semua' . Ttg TT suka & sokong PAS tu dah kira bagusssss..cuma nak lagi lagi baguussss & lebih baik, ikutle paendapat ramai. Mereka semua niat baik insyaAllah.

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum saudara Ali Mahmud yang membela tt, saya rasa cara anda terlalu keras macam wahhabi, ini bukan cara yang baik untuk berdakwah bukankah Rasullah SAW berdakwah,berdebat,berhujah dan berhemah dan lemah-lembut walaupun Musyrikin Mekah membalas dengan kasar. Urusan menentukan syurga atau neraka adalah urusan Allah Swt,janganlah kita cuba menjadikan diri kita setaraf atau sekutu Allah untuk menentukan syurga atau neraka, tugas umat Islam pada zaman sekarang adalah menyambung tugas para rasul untuk menyampaikan risalah tauhid kepada golongan yang belum Islam tak lebih dan tak kurang. Bagi golongan umat Islam terutamanya wanita yang mendedahkan aurat atau terlibat dengan maksiat adalah perlu diberi pengajaran dan penerangan kepada mereka, sekiranya mereka masih ingkar serahkan perkara tersebut kepada Allah swt untuk menentukannya mudah-mudahan Allah buka hati mereka untuk menerima hidayah. INGIN DITEGASKAN SEKALI LAGI SYURGA DAN NERAKA ADALAH URUSAN ALLAH SWT, KITA SEBAGAI MANUSIA JANGAN MEMANDAI-MANDAI CUBA MENJADI SEKUTU ALLAH DALAM HAL INI. WASSALAM

    ReplyDelete
  19. Saya setuju, memang syurga neraka itu hak dan urusan Allah. Sebab itu Nabi kata,“wanita seperti itu (Kasiyatun ‘ariyat) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

    Cuba baca betul-betul.

    ReplyDelete