by Idris Ahmad
INI ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di
Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak
diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN
boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan
pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang.
Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil
jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan
KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak
Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang
Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.
Kemana
wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta,
projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula
RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil
ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu
memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah
lakukan.
Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak
pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat
cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri
Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9
bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali, sedangkan di Pulau
Pinang warga emas dapat RM1000.00 setiap tahun.
Hujah mengatakan
bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand,
Papua, Pontianak, Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah
zaman batu.
Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu
Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji.
Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada
tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011.
Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28
bilion pada tahun 2008.
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga
agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang
Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8
Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?.
Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman
hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno
mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku
Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu
binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan
1983 dan 1993?
Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan
Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan
Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya”
untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela
Raja-Raja Melayu.
Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak
urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah
semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada
tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011.
Adakah Najib
punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu
cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang
hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima, parti Umno
yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur
demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim
Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan
dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat
merbahaya kepada negara.
Keenam, transformasi apa yang Najib
bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya
dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang
Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat.
Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang
“merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi
Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh, BN
gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta
rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia
negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau
berjaya meningkat pendapatan rakyat.
Walau pun negara sudah
merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan
kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno
untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya. (IH)
No comments:
Post a Comment