Tuesday, May 08, 2012

Bonos Peneroka, Bukti BN Terdesak?

Rumah Felda, mahukah PM tinggal di rumah seperti ini?
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
  
Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka.

Langkah tersebut dilihat bertujuan untuk menyenangkan hati semua segmen masyarakat Felda, khususnya generasi kedua - yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
najib in penang usm dialogue 220412Dalam pengumuman itu yang disiarkan secara langsung di televisyen nasional, Najib mengambil sikap yang berbeza daripada kelazimanya, dengan mengecam pembangkang dan pengkritik rancangan penyenaraian FGVH, di hadapan ribuan peneroka Felda, yang menjadi lubuk undi untuk BN.

Katanya, beliau mahu melihat muka mereka (pengkritik) sama ada mereka akan menerima durian runtuh itu atau tidak, sambil menegaskan bahawa pemberian itu adalah untuk peneroka yang "jujur dan setia kepada kita".

Bonus tambahan kakitangan Felda
Selain mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka, perdana menteri turut mengumumkan kejutan dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda.

Tegasnya, kakitangan Felda tidak dilupakan - dari pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawah - semua akan menerima bonus tambahan di atas bonus tahunan yang mereka telah terima.

Antara faedah lain untuk peneroka termasuklah peruntukan 20 peratus saham FGVH ke dalam dana amanah yang mana dividennya akan dibayar kepada peneroka jika terdapat keuntungan.

Komen Webog Ibnu Hasyim:  Ini bukti BN sudah terdesak. Kerana dalam PRU 12 kekuatan BN hanya mempu bertahan di kawasan orang Melayu melalui UMNO, terutamanya FELDA dan peneroka. Orang bukan Melayu sudah berpindah sokongan kepada pembangkang.

BN sesak nafas sekarang, kerana pengundi-pengundi FELDA atau peneroka, mula menampakkkan kecenderungan menyokong pembangkang. Tiada jalan lain untuk selesaikan kemelut ini, kecuali dengan menaburkan umpan bonos, seperti yang sedang dan akan ditaburkan sekarang.

Kalau betul BN ikhlas, mengapa baru sekarang dihamburkan setelah dekat PRU 13?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails