Pak Samad Said bercakap kepada anak muda di Padang Perdana, Kota Bharu dalam program pasca Bersih 3.0
Kata Pemuda DAP, Anthony Loke pada ceramah Pasca Bersih di padang perdana malam tadi.
“Sebab itulah tidak ramai orang Cina yang keluar menyokong Bersih 1.0. Ada orang Cina menerima ugutan kedai mereka akan dibakar.
“Bagaimanapun ketika Bersih 2.0 diadakan pada Julai tahun lepas, orang Cina dan bukan Melayu mulai berani sedikit.
“Namun pada Bersih 3.0 pada 28 April lalu sokongan anak muda begitu luar biasa sekali. Saya anggarkan di Jalan Masjid India ada kira-kira 50,000 anak muda Cina,”
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Ceramah tersebut menampil suatu kelainan apabila dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai. Pentas ceramah pula diadakan di tengah-tengah padang. Laluan ke pentas utama pula berdiri megah bendera parti-parti Pakatan Rakyat bersama Jalur Gemilang.
Anthony yang juga anggota parlimen Rasah berkata, pada Bersih 1.0 diadakan hanya kalangan ahli dan penyokong PAS dan PKR yang berbangsa Melayu sahaja hadir. Dan ketika Bersih 2.0 orang bukan Melayu mulai berani datang dan Bersih 3.0 begitu luar biasa sekali apabila puluhan ribu orang Cina dan India hadir.
“Sebab itulah ada orang kata sekarang ISA sudah tidak ada, kalau dahulu orang Cina hendak datang bimbang ditangkap di bawah ISA,” ujarnya. Beliau juga berkata, tunggak kekuatan BN sekarang hanya bergantung kepada Umno setelah parti-parti kompenan lain semakin longlai selepas pilihan raya umum 2008.
Katanya, Gerakan sudah tidak relevan lagi sejak 2008, begitu juga SUPP di Sarawak sudah tidak lagi diterima masyarakat Cina tempatan.
“Manakala MCA yang nampak kuat hanya Presidennya sahaja, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana dia ada jasa membikin VCD yang menggembarkan seluruh dunia sebelum ini,” ujarnya berseloroh.
Pak Samad pula berkata, kalau dahulu hanya kuasawan yang berjuang bagi menegak sebuah pemerintahan yang adil dan telus, namun sekarang turut disertai golongan sasterawan. Menurutnya ia dibuktikan apabila Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan, namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik.
“Saya pada awalnya hadir memberi sokongan sahaja, namun gabungan 84 NGO mahu saya berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga,” ujarnya.
Kata beliau juga Bersih 3.0 tidak terhenti setakat 28 April lalu, sebaliknya digerakkan secara berterusan bagi membangkitkan kesedaran rakyat.
Sementara itu puluhan ribu rakyat Kelantan yang hadir malam tadi menolak pelantikan Tan Sri Hanif Omar sebagai pengerusi Penal Penasihat Bebas bagi mendapat gambaran sebenar Bersih 3.0.
Undian spotan itu dibuat Husam dengan cara mengangkat tangan bagi melihat sejauh mana rakyat Kelantan memberi komitmen terhadap panel terbabit. Kesemua yang hadir, sebahagian besar berbaju kuning mengangkat tangan. (IH/Hrkh)
No comments:
Post a Comment