Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu..
- seksi,
- gedik dan
- berani.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain. Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.
"Pihak berwajib perlu tangani segera.." kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.
"Yang berwajib tentulah Bahagian Agama Islam, Kementerian Hal Ehwal Wanita, Kementerian pelajaran, dan... Tetapi yang jelas pemimpin UMNO/BN yang menerajui negara masakini perlu bertindak segera. Ingat amanah rakyat kepada mereka. PRU 13 akan menjelang. Perlu tolak BN?" (IH)
3 comments:
perempuan tu..
xbertudung ke..?
Orang lalai dari amalan agama walau ia berilmu umpama orang tidur. Orang sedang tidur LOGIK nya tidak ada keupayaan mengejutkan/membangunkan orang sedang tidur juga.Contohnya seorang bapa yang tidak sembahyang dia tidak punya kekuatan menyuruh anaknya sembahyang.Sebab apa ? Dia sendiri tak sembahyang. Sebab itu apa pun pemimpin perlu jujur, amanah, benar, baik akhlak, soleh kerana dengan itu ia ada upaya ,kekuatan memimpin orang bawahanya! Jika sifat ini tiada pada diri pemimpin...hancus..macam hari ini yang kita lihat
Mcm2 hal la!!!!!
Post a Comment