Oleh
Muhamed Azmin Ali
O1 Mei 12
Muhamed Azmin Ali
O1 Mei 12
Saya
mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya
bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini
disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro
Umno.
Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.
Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.
'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). '
Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.
Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat.
Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13. (Gambar ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian hari ini..)

makin jahat fitnah, makin dekat umno/bn musnah.
ReplyDeletemakin kuat ujian makin mantap pendirian. itulah pejuang.
kepada yg memfitnah, teruskan fitnah hingga sakratul maut. teruskan menolak hukum, teruskan mengaib dan teruskan melucah.
ia hanya akan menambah simpati dan sokongan kepada azmin dan PR dan hanya akan mempercepatkan hancurnya pemerintah zalim.
amin
Salam Tuan Haji Ibnu Hasyim,
ReplyDeleteDari maklumat yang saya dapat daripada kawan2 dari PKR Selangor, lain pula ceritanya.
Mereka kata video tu disebarkan oleh kumpulan Pro-Tan Sri Khalid Ibrahim kepada blogger UMNO kerana mereka tak nak tengok Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang seterusnya.
Cadangan saya, tak cukup kalau YB Azmin sekadar buat penafian sahaja. YB Azmin perlu juga buat laporan Polis & saman blogger2 UMNO yang terlibat supaya kita semua dapat tahu siapa dalang daripada orang2 dalaman kita sendiri yang tergamak menikam dari belakang.
Sedikit sebanyak, isu ini boleh menggugat usaha kita untuk menang PRU 13.
Ingat sebab tak semua rakyat boleh terima hanya sekadar dengan buat penafian sahaja terutamanya pengundi atas pagar.
Sekian,
untungnya jadi pemimpin PR,tlibat skandal apa pun, org2 bawahan akan tolong backup kan.. ;-)
ReplyDeleteUntung lagi jadi pemimpin UMNO, bunuh Ai-tantuya, rasuah kapal selam, merogol, khalwat, zinz, skandal dengan lembu, tapi barua-baruanya terus membela.
ReplyDeleteKalau dapat sepanggu takpa juga! He he he.
Salam Tn Haji. Konpius la. Macam mana nak bezakan fitnah dengan tuduhan yang benar. Kalau Shafie Afdhal tu kiranya fitnah ke macam mana. Yang tu tak ada gambar tapi ada orang tuduh. Yang ni ada gambar tapi ada belum ada saksi tampil. Macam mana ye nak bezakan fitnah dengan tuduhan yang benar. Ke kita memang tak boleh tuduh langsung. Tapi orang tuduh juga Shafie Afdhal. Kalau macam tu bolehlah tuduh tapi kena ada saksi ke? Konpius la. Ke orang kena tuduh mesti menafikan. Tapi sesiapa yang buat jahat mestilah nak menafikan. Kalau tak nak berkuranglah kes2 mahkamah kalau semua jujur. Macam tu. Camana nak bezakan dua tu. Camaan nak tau satu tu hanya fitnah atau tuduhan yang berasas.
ReplyDeleteBetul jugak kata saudara Bulan Trang kat atas.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim didakwa ada skandal seks dgn China Doll & Coffey Boy, dinafikan.
Shafie Afdal dikatakan ada skandal dgn Zahida Rafik, dinafikan.
Ustaz Badrul Amin kena tangkap basah dgn bini orang dinafikan.
La ni, giliran Azmin Ali pulak. Dinafikan jugak. Tapi hakikatnya kita semua tahu ke mereka memang betul2 tak bersalah atau sebaliknya?
Anwar & Ustaz Badrul pun sampai sekarang tak berani untuk saman pihak yang didakwa memfitnah tu...
Cukup ke sekadar buat penafian???
Nampaknya Bulan Trang itu tak terang lagi bulannya. Dia ragu perlaksanaan undang-undang pemimpinnya sendiri.
ReplyDeleteKesian, dia tak yakin pemimpinnya memerintah. Dia tak yakin parti yang memerintah negara.
Itu tanda pemimpinnya bodoh, tak tahu perintah negara. Sehingga rakyatnya konpius.
Tolong kempen jangan undi BN lagi. PR mampu perintah negara. You jangan jadi pecacainya lagi. Ranapkan BN dalam PRU 13 ini.
Bulan you bulan tiruan, bukan bulan terang, tapi bulan kelabu asap.He he he.
Lagi konpius la bang. Kalau tuduh Azmin Ali ada kena mengena dengan undi BN ke. Dengan Shafie Afdhal ada kena mengena dengan undi Pas ke. Macam mana pulak abang boleh kaitkan tuduh menuduh dan fitnah ni dengan yakin ke tidak pada perlaksanaan undang2. Kenapa pula saya kena ranapkan BN lepas Azmin Ali kena tuduh ada skandal.
ReplyDelete