BOLEH BUAT APA SAJA... wanita yang disyaki model yang menawarkan khidmat gadis pengiring.
KUALA LUMPUR: Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.
Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.
Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.
Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.
Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib, sila tangani segera. Apakah tindakan demikian dapat membantu pembangunan negara atau meruntuhkan maruah agama dan negara? Adakah menyalahi peraturan negara atau tiada tindakan undang-undang boleh diambil? Atau ia sebagai suatu peluang bisnes bagi belia-belia?
No comments:
Post a Comment