SEBAHAGIAN GRO Siam dari Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah karaoke di Kota Kubang Labu, Tumpat semalam.
GRO Siam banjiri Serambi Mekah
TUMPAT – Kebanjiran gadis Thailand untuk menjadi pegawai perhubungan
pelanggan (GRO) di restoran atau pusat hiburan kecil-kecilan di negeri
yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tidak pernah reda.
Restoran atau pusat hiburan yang berasaskan lampu malap yang banyak
tumbuh di kawasan bersempadan dengan Thailand akan menyediakan GRO untuk
menarik pelanggan.
Kehadiran GRO di restoran-restoran tersebut didakwa mampu menarik
pelanggan terutamanya pelanggan lelaki dan secara tidak langsung
memberi keuntungan lumayan kepada pengusaha restoran atau restoran
ala-ala pusat karaoke.
Justeru itu, tidak ada yang pelik apabila restoran ala pusat karaoke
yang menyediakan GRO diserbu pihak berkuasa berulang kali mampu
mengoperasikan semula restoran tersebut dalam tempoh yang singkat.
Ini disebabkan pemilik premis tersebut kebiasaannya bebas daripada
tindakan undang-undang kerana pihak berkuasa kekurangan bukti bagi
membuktikan mereka menggaji GRO.
Bagi GRO itu pula mereka akan kembali bekerja di premis sama tidak
sampai sebulan selepas ditahan kerana mereka mempunyai dokumen
perjalanan yang sah.(Kosmo)
Komen Weblg Ibnu Hasyim:
Satu: Ada beza antara restoren dengan pusat hiburan. Di Kelantan di bawah tadbiran PAS tidak ada 'pusat hiburan', kelab malam seperti di KL di bawah perintah BN, kecuali sewaktu BN perintah Kelntan, dan Menteri Besarnya bukan Tok Guru.
Di Keantan, tidak ada kelab malam, tari menari, minum arak terbuka dan pelacur bebas berleluasa. Tangkapan tidak boleh dibuat atas perbuatan kesalahan berzina, kerana undang-undang di Malaysia tidak melarang 'najis zina' suka sama suka, walaupun rakyat rakyat Kelantan mengundi PAS mahu laksanakan hukum Allah di Kelantan, yang melarang zina.melalui 'hudud'.
Dua: Bagaimana penyelesaianya? Rakyat Malaysia kena undi PAS bersama Pakatan, rebahkan BN dari kuasai Malaysia. Barulah Kerajaan Pusat tidak campur tangan seperti menggagalkan hudud di Kelantan. Rakyat Kelantan pula, jangan beri laluan BN kuasai negeri bersama maksiatnya, yang mengheret rakyatnya ke neraka. Tetapi, kekalkan PAS yang mengajak pengundinya masuk syurga.
Allahu 'aklam.
Bukan Islam kerja GRO, minum arak dll depa kata tak berdosa kot.
ReplyDeleteCuba tanya sami2 mereka. Sami2 kereka tak dakwah ke?
Tak kan le bukan Islam buat maksiat kepala TGNA pening juga. Dah le pening nak jaga yg Islam nya sabung ayam, dedah aurat, minta konsert surehiboh,
Aduhai... UMNO buat taik, PAS juga yg kena basuh... dugaan, dugaan..
Bukan salah sami, salah UMNO. Jutuhkan BN dari memegang taraju Kerajaan Pusat.
ReplyDeleteBaru dapat balik royalti minyak kelantan.
Kesaian TOK GURU.Yang buat maksiat tu bukan ISLAM.Dan yang membenarkan meraka masuk KERAJAAN PUSAT ( ada PASport).Cukuplah paper-paper UMNO, jangan membohongi rakyat dan memburuk-burukkan KERAJAAN PAS KELANTAN.
ReplyDeleteSapo kato kalte takdop kelab male?
ReplyDeletehttp://bicarakelantan.blogspot.com/2012/10/gambar-goyang-gerudi-di-serambi-mekah.html?m=1