Sekadar Renungan !!! Program Hari Belia, Berapa Juta wang Rakyat di Belanjakan ma ?
PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma
Konsert Malam Tadi Untuk Penyanyi Tempatan Berapa wang Habis Ma?
Khemah Yang Di Pasang Berapa Wang Habis ma ?
Minta Ahli Parlimen kita, tanya di Parlimen nanti Ye. berapa juta wang rakyat habis ma? (Hrkh)
KL: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.
"Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.
Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai. Di Facebook, Twitter dan blog, rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda.
Antaranya penampilan artis jemputan Kpop, kumpulan wanita dari korea yang mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata.
"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
"Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," kata Riduan lagi.
Kerajaan ujarnya seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.
"Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini?
"Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam?
Apa yang berlaku dalam sambutan hari belia itu tegas Riduan, hanya mengesahkan bahawa Umno bukanlah sebuah parti untuk umat Islam berpaut, kerana Umno hanya menjauhkan anak muda dari nilai agama. (Hrkh)
2 comments:
Biorlerkan ler.....cepat dia panggil PRU 13...cepat sikit kiter singkirkan UMNO/BN nie...makin lamer dia org kat atas...semakin byk maksia yg dilakukannyer......semakin byk dosa syaitan bisu dlm UMNO/BN.....
kutuk lagi bn.banyak lagi dosa
Post a Comment