Semalam Malaysia menyaksikan satu percubaan terbesar oleh para wartawan untuk menyuarakan kebebasan akhbar dan mengambil pendirian keras terhadap kekasaran polis. Bilik berita di seluruh negara menyaksikan ramai wartawan yang datang bertugas dengan berpakaian hitam - sebagai tanda protes, serta reben kuning - simbol yang digunakan untuk kebebasan akhbar.
Ia merupakan satu semangat perpaduan untuk belasan rakan-rakan mereka yang dikasari, diganggu dan diugut ketika membu

Beberapa wartawan yang bertugas The Star (kiri) dan akhbar-akhbar utama berbahasa Cina turut mengadakan hari 'Media in Black (MIB)' di tempat kerja mereka. Dan gambar-gambar mereka dikongsi di laman rangkaian sosial peribadi Facebook dan Twitter, manakala media cetak Cina pula menyiarkan gambar-gambar yang sama di laman rasmi Facebook mereka.
Media cetak Cina, yang petugasnya paling ramai dikasari polis Sabtu lalu, tampil bergambar beramai-ramai sambil memegang kain rentang kebebasan akhbar, di depan pejabat masing-masing. Di stesen radio 988, deejay juga berpakaian hitam dan kuning, untuk bersama-sama rakan-rakan dari portal berita Malaysiakini, Merdeka Review, Free Malaysia Today dan saluran berita Astro Awani dan malah stesen TV kerajan - TV2 (foto di bawah).
Pembaca berita NTV7 Lee Siad Huey menulis di laman Facebooknya bahawa rakan-rakannya di seksyen Mandarin memakai MIB, tetapi mengeluh kerana kurangnya sokongan daripada rakan-rakan mereka dari seksyen bahasa lain.
D

Malah, wartawam The Sun, Radzi Razak, yang dimasukkan ke hospital
kerana kecederaan yang dialami pada hari berkenaan, turut menyiarkan gambarnya berpakaian hitam untuk memperingati hari tersebut di Twitter.
Radzi (kiri) dan jurukamera al Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami semasa membuat liputan di perhimpunan tersebut. Azmi cedera diserang peserta. Radzi dibenarkan keluar hospital pukul jam 7 malam semalam.
No comments:
Post a Comment