Tuesday, May 15, 2012

Harussani Perlu Rasional & Waras.. -N/Aziz



 KL, 14 Mei 12: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat merangkap Menteri Besar Kelantan menegaskan Mufti Perak, Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”

Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik. Dipetik Berita Harian Online, Harussani bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” kata Harussani yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.

Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.

Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.

“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya. Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”

Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam. (IH/Sumber MI)

2 comments:

Anonymous said...

Yang menjadi masalah besar kepada Nik Aziz dan PAS seterusnya adalah kerana Nik Aziz TIDAK boleh di tegur atau diperingatkan langsung, sedangkan Islam adalah agama yang INGAT DAN MEMPERINGATI. Bukannya "one way" saja. Jika Nik Aziz merasakan adalah tanggungjawabnya untuk memberi tazkirah(peringatan) kepada sekumpulah muslim unpamanya maka, apalahlah salahnya muslim lain juga merasa demikian. Ini telah diamalkan sejak zaman sahabat dulu lagi. Mereka sering ingat memperingati. Hanya Nabi SAW. sahaja yang tak perlu tazkirah dp manusia lain. kerana sifatnya sebagai seorang Nabi yang menerima Wahyu. Siapalah Nik Aziz yang TIDAK mau langsung mendengar peringatan orang lain dibanding dengan Sahabat besar seperti Abu Bakar RA Omar RA dan sebagainya.

Anonymous said...

Bkan tamboh dengar. Tapi teguran tu dok betul, sebelah pihak nak jga periuk nasi.Bakpa ulama dan mufti umno dok tegur pemimpinnya tentang masalah hukum hakam apatah lagi yg jelas dalam al-Quran. Umpamanya masalah arak, judi, aurat, konsert hiburan yg merosakkan muda mudi Islam, penyelewangan duit rakyat, rasuah, masalah riba dll.tu ke perjuangan islam dlm umno.Kalau pemimpin pas tegur, masing2 pakat kata hukum hakam pas, pas sesat, pas munafik.Bukalah mata sikit.....jangan pakai sebelah mata je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails