PAS
merancang untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di
Kedah pada 1 Jun untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulangtahun Umno
yang berakhir hari ini.
Perhimpunan tersebut bagi
menggantikan muktamar tahunan PAS yang ditangguhkan sehingga November.
Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah
berkenaan bertujuan untuk memperkuat jentera pilihan rayanya.
PAS merancang untuk menggerakkan 100,000 anggotanya ke perhimpunann tersebut pada 1 Jun di Kedah. Lapor Malaysiakini.
1 comment:
Semoga PAS dapat melihat dalam diri akan kewajaran berkerjasama dengan DAP-PKR yang sememangnya anti Islam. Kegagalan Tunku Abd Aziz dalam DAP boleh jadi pedoman untuk PAS....diharap PAS jangan hanya jadi kuda tunggangan untuk mereka. Lihat saja apa peranan PAS di Selangor dan PPinang! sepatutnya PAS menunjukkan ianya pentadbir yang baik dan lebih baik dari UMNO.
Post a Comment