Jom cium tangan Rsmah Mansur. Mungkin itu yang diserukan Pemuda UMNO melalui gambar ini. Budaya cium tangan di dalam United Malays National Organisation (Umno) sudah menjadi kebiasaan. Mungkinlah niatnya sebagai tanda menghormati.. mungkin.
Inilah didikan yang United Malays National Organisation (Umno) terapkan kepada kalangan ahli dan pengikut-pengikutnya. Parti jijik dan keji sebeginikah yang kita harapkan untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.. Muak, nak muntah!
Hukum mencium tangan oleh Dr. Ali al-Jum'ah: Mufti Mesir sekarang
Soalan:
Kami
melihat ramai di kalangan penuntut ilmu mencium tangan guru-guru dan
shiekh2 mereka. sejauhmanakah keharusan perkara tersebut?
Jawapan:
Bentuk-bentuk
penghormatan manusia kepada orang-orang tertentu adalah berbeza
mengikut kebiasaan sesebuah masyarakat dan adat-adat mereka. Contohnya
kita melihat di negeri al-jazirah, orang arab mencium hidung bapa mereka sebagai menghormatinya, dan mereka mencium kepala orang alim. Hukum asal bagi perkara ini ialah HARUS selagi mana tidak terdapat tegahan secara khusus tentangnya.
Manakala mencium tangan orang Alim, maka hukumnya adalah HARUS
mencium tangan orang alim yang warak dan pemerintah yang adil, ibubapa,
guru-guru, dan setiap orang yang berhak dimuliakan dan dihormati. Ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya:
Daripada
Ibn Umar, bahawa dia ketika berada dalam salah satu kumpulan tentera
kecil bersama Rasulullah SAW, dia menceritakan satu cerita, katanya:
“Kami mendekati Rasulullah SAW dan kami mencium tangan baginda.”
(Riwayat Abu Daud)
Dari segi pandangan ulama fiqh pula, mereka bersepakat menyatakan bahawa TIDAK HARAM mencium tangan orang alim yang soleh, bahkan mereka berpendapat hukumnya adalah harus dan digalakkan.
Imam al-Nawawi berkata:
Disunatkan mencium tangan lelaki yang soleh, zuhud dan alim dan
seumpamanya dari kalangan ahli Akhirat; manakala mencium tangan
seseorang kerana kekayaannya, keduniaannya, kekuatannya, kemegahannya di
kalangan ahli dunia dengan dunianya, dan seumpamanya adalah tersangat
makruh. al-Mutawali berkata: tidak harus (haram). Mencium kepala dan
kaki juga samalah dengan mencium tangan.
(IH)
Lihat sebelim ini.
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
No comments:
Post a Comment