Tuesday, May 08, 2012

Kes Pengacara Jimmy Shanley, Isteri Akui Zina..

Pengacara Jimmy Shanley
Pengacara Jimmy Shanley

TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu. Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat soal-jawab agama ini...

Isteri mengaku berzina..
Assalamualaikum wbt,

Saya ingin bertanya, apakah yang harus dilakukan oleh seorang suami yang isterinya pernah berzina 2 tahun lepas dan baru diketahui baru - baru ini apabila isterinya melakukan kecurangan sekali lagi namun tidak diketahui sampai ke tahap mana kecurangannya.

Namun isterinya pernah melakukan zina 2 tahun lepas dengan pengakuan sendiri oleh isterinya itu.Apakah yang patut dilakukan oleh suaminya sekarang, adakah patut menceraikannya, dan jika tidak, bagaimanakah seharusnya taubat oleh isterinya itu harus dilakukan?Apakah peranan suami jika benar-benar ingin membantu isterinya bertaubat dan menerimanya kembali?

Adakah talak patut dijatuhkan sebagai memberi kesedaran kepada isterinya itu? Kadangkala suaminya masih teringat akan perlakuan sumbang isterinya itu dan masih tidak dapat terima namun kasihankan anak - anak dan kerana cintakan isterinya , suaminya sanggup menelan segala yang pahit?

Bagaimanakan pendapat ustaz akan hal ini? Apakah yang harus dilakukan oleh suaminya? Diketahui bahawa kuasa talak adalah di tangan suami dan suami berhak menjatuhkan talak bila-bila masa. Diharap jawapan ustaz dapat membantu menjawap persoalan ini insyaAllah. Sekian didahuli dengan ribuan terima kasih, wslm.

Jawab:

Terkedu dibuatnya bila kita mendengar problem yg heavy duty macam ni. Berat sungguh ahli2 Fiqih di AHkam mendengarnya, berat lagi bahu yg memikulnya. Kita pernah menjawab beberapa kali sebelum ini dlm masalah yg hampir sama.

Ini adalah masalah decision making atau seni membuat keputusan. Syara' menetapkan penzina muhsan (sudah kahwin) jika thabit hendaklah di rejam sampai mati. Maka jika mengikut perudangan syara', jika isteri Mr X secara voluntarily mengaku di depan hakim (negara Islam yg menjalankan Hudud), maka menjadi dudalah Mr X.

Dalam keadaan sekarang: Hudud tidak ada. Maka apakah keputusan Mr X terserahlah pada dia menentukan. Jika Mr X tidak melakukan apa-apa, jatuh pula hukum suami Dayus. Suami yg dayus dilaknat oleh syara'. Suami dayus ialah suami yg tidak dapat mengontrol kejahatan isterinya.

Jika Mr X sudi mema'afkannya dgn syarat isteri Mr X menjalani proses taubat, ia juga diterima di sisi syara' (Lihat AQ 3:135) Proses taubat spt mana yg kita jelaskan banyak kali sebelum ini (browse archive) dan boleh juga membeli buku terbaru Dr Qardhawi, Taubat IlaLlah terjemahan Pustaka Syabab Media, Bangi. Tanda taubat yg besar ini mudah saja: ada penyesalan dan perilaku orang yg berdosa itu bertukar kepada yg lebih baik. WA

Komen: Begitulah nasib hukum Islam di negara umat Islam sendiri. Menjadi 'dagang' di dalam negara yang berperlembagaan 'Islam agama bagi Persekituan (Lihat Fasal 3 Perlembagaan Malaysia). Hukum Syariah yang tidak mengikut syariah Islam. Itulah kerajaan Islam kononnya, mengikut versi UMNO.. (IH)

1 comment:

Andi_Husin said...

Assalamualaikum kepada penulis,

Melihat kes Jimmy ini, bagi pendapat saya SMS itu mempunyai maksud lain..Kerana ayat2 itu ditulis seperti ingin melepaskan geram yang terpendam di hati..

Cuba baca dgn nada tinggi..pasti terasa tingginya nafsu amarah isteri Jimmy ini..Bergaduh suami isteri soal biasa namum adlh agak berat dgn perkataan begini..

Makanya disini, Kpd Jimmy, Jika dahulu diambil dari orang tuanya secara baik..maka lepaskanlah isterinya secara baik kembali kepada orang tuanya..mengaibkan adlh tidak diperbolehkan apatah lagi manusia itu juga sentiasa berdosa..wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails