Thursday, May 10, 2012

Kes Rahim Nor: Lagi Laporan Polis Setelah 24 Jam..

 

KOTA BHARU: Hari ini Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (gambar) ekoran kenyataannya menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bapa kafir”.

Sebelum itu, Rabu lalu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka

Semalam laporan serupa dibuat Pemuda PAS Tanah Merah dan petang kelmarin Pemuda PAS Pasir Puteh juga berbuat demikian. Bekas Ketua Polis terbabit dalam kenyataan seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris 8 Mei lalu melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.

Bagaimanapun selepas peluang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan Rahim dan NST, maka tindakan mahkamah perlu diambil. Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, saman itu dijangka difail minggu depan dibuat atas nama Menteri Besar sendiri.

Laporan polis hari ini dibuat atas nama, Mohd Aliman Ismail, 30 anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kota Bharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, naib ketua, Hafiz Musa dan anggota jawatankuasanya. Kira-kira 50 pemuda dan pemimpin PAS hadir memberi sokongan di atas laporan tersebut.

Peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS, Abdul Rashid Yah dan Firdaus Mohd Yusoff turut hadir. Abdul Latiff berkata, kemungkinan Umno memperalatkan bekas-bekas pegawai kanan polis untuk menghadapi kebangkitan rakyat sekarang.

“Biar pun peluang untuk membetulkan kenyataan diberi pada Rabu lalu, namun nampaknya Rahim tidak menggunakan kesempatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Maka wajarlah laporan polis dibuat memandangkan kenyataan tersebut dianggap di luar batas-batas normal,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD.

PKR Kelantan juga melahirkan rasa kesal kenyataan liar Rahim terhadap seorang ulama terkenal dan dihormati rakyat di negara ini. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Rahim yang jelas membangkitkan keresahan umat Islam.(IH)

2 comments:

Anonymous said...

apa da...itu bukan gambar rahim noor tapi ismail omar..

Ibnu Hasyim said...

T.kasih atas pembetulan anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails