Friday, May 11, 2012
K'jaan Digesa Halang Program Penulis Pro-Lesbian
Program M'sia tangguh, Manji (penulis kontroversi bukan penulis Islam kontroversi ) 'sangkut' di Indonesia
"KL 11 Mei 12: Weblog Ibnu Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS yang menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Menurutnyanya, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.
Bahkan menurut Dewan tersebut 'buku baru bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' (gambar) yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama'.
"Dan hari ini penerbit menerbitkan versi terjemahan buku tersebut, yang mengurus kemasukan Manji ke negara ini, telah mengumumkan semua acara berkaitan telah ditangguh ke minggu hadapan, sehingga masalah di Indonesia selesai. Ertinya program tersebut akan diteruskan juga." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.
"Bahkan penerbit itu juga cuba mempertikaikan gesaan supaya kerajaan menghalang penulis itu daripada mengadakan program di sini. Dengan alasan katanya, 'Kenapa kerajaan perlu halang dia masuk? Dia bukan penjahat, bukan penjenayah. Dia seorang penulis, seorang profesor. Kenapa mesti halang? Dia juga merupakan seorang penulis buku bertaraf antarabangsa. Dia cuma membincangkan mengenai kehidupan dan sebagainya..'
"Maka kerajaan perlu bertindak cepat sekarang, demi maslahah umat Islam di negara ini.." Jelas Hj Mohd lagi. (IH)
Lihat sebelum ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment