Monday, May 14, 2012

Lucahkah Gambar Ini, Mengapa?


 
LUCAHKAH gambar ini? Tak senonoh? Kanak-kanak kecil meraba kemaluan patung wanita? Mengapa jadi begini?Apa erinya?

Satu: Jangan salahkan ibu bapa sahaja, bila anak-anak kita jadi begini. Bukan hanya meletakkan kesalahan itu atas kepala ibu bapa sahaja, tetapi yang lebih penting ialah suasana sekeliing diciptakan oleh kerajaan pemerintah kita. Kerajaan yang memegang dasar negara bagi Persekutuan, bukan hanya kerajaan negeri sahaja.

Dua: Kerajaan yang mencipta sistem pelajaran tempang, menekankan pembangunan material semata-mata (walaupun masih belum sempurna kejayaannya), tetapi mengabaikan pembangunan rohani. Sehingga tidak mampu mewujudkan insan profesional bertakwa atau yang berakhlak mulia tidak kira apa agama sekalipun.

Tiga: Kerajaan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin khianat, menghancurkan harapan rakyat yang mengangkat mereka melalui peti undi. Mereka menggunakan media pemerintah me'lucah'kan pemikiran masyarakat termasuk kanak-kanak, pelajar, remaja dan si tua-tua bangka. Dari iklan, drama, filem sampai kepada berita semakin melampau dan estrem. Hingga kanak-kanak lebih mudah belajar menari dan menyanyi gaya lucah daripada belajar pelajaran agama, moral atau Muqaddam.

Empat: Melaksana sebuah sisem ekonomi kapitalis yang menjarakkan pemisahan antara si kaya eksterim dengan si miskin melarat, hingga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Menyemarak kemiskinan. Melaksanakan Islam yang menguntuntungkan material sahaja, tidak melaksanakan Islam yang memerintah bertanggung jawab kepada rakyat termiskin, golongan sosial tertindas, janda-janda terbiar dan golongan mustad'afin.

Lima:Menolak Islam sebagai penghayatan seluruh cara hidup (way of life).

Sehingga lahir rebung manusia yang tidak mahu dibentuk, atau membentuknya dalam acuan salah yang merbahaya.
 (IH)

9 comments:

Berita dari gunung said...

memang kerajaan sekarang tidak berguna: rakyat semua menganggur, sekolah pun tak ada, highway pun macam jalan bendang, airport pun macam kandang lembu mat sabu,nak berniaga pun susah, masjid pun tak ada, surau jauh sekali.

agak-agak macam tu la...

Anonymous said...

Puak-puak umno dak meracau, hujah tak mapu lawan dengan hujah.
he heh he

Anonymous said...

Saya setuju dengan cadangan tuan guru Abdul Hadi Awang untuk menjadikan Islam sebagai addin (cara hidup), tetapi yang menjadi masalah adalah parti-parti sekutu seperti dap yang jelas kelihatan menolak Islam dan menerima pakai sekular. Dalam dap bukan sahaja Karpal Singh tetapi ramai pemimpin dap lain yang turut menolak Islam cuma mereka tidak zahirkan sahaja. Saya bukan nak lagakan dap dan pas tetapi inilah realiti kena hadapi. Satu lagi masalah ialah umat Islam di malaysia kebanyakannya Islam pada nama sahaja hanya segelintir yang benar-benar mengamalkan Islam dalam kehidupan. Berdasarkan kajian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 hanya 12 peratus umat islam yang bersolat. Jadi berdasarkan angka ini kita boleh tahu roh Islam di Malaysia semakin hari semakin pudar. Pelaksanaan Islam sebagai addin pasti menerima tentang yang kuat sama ada dari orang bukan Islam mahupun orang Islam sendiri.

Anonymous said...

walaupun DAP dan PAS masih ada perkara yang bercanggah, tapi rasa xde masalah sangat nak tunjukkan kebaikan Islam kepada diorang.

current gov pun xde nak tunjuk kebaikan pemerintahan Islam, pasal tu penganut agama lain was2.setakat tulis kat paper Malaysia Negara Islam, tapi way of life xde, xguna jugak.

Anonymous said...

Allah akan hancurkan pakatan rakyat haram jadah.
Hidup BN. Hidup UMNO.
Hanya org tiga suka, Gay, pelacur dan bastards sahaja yg menyokong Pakatan Haram Jadah.
Hidup UMNO.

Anonymous said...

Puak-puak umno dak meracau, hujah tak mapu lawan dengan hujah.
he he he

Anonymous said...

penyokong umno....tolong tengok cerita p ramlee sat..pendekar bujang lapok...anda akan faham maksudnya ...tengok dengan mata hati...

Anonymous said...

Ni contoh sakibaki manusia yg dperbodohkan umporno..kesian kan kawan2..dia reti bc utusex n tgk tv3 suku je..otak x berkembang..hya pikir prut sndiri knyang je..pmimpin dia nk mrompak hrta rakyat ke,nk mkn rasuah ke dia apa pduli..atau mgkin manusia bodoh ni memang dok mkn yg haram je sbbtu hatinya gelap..bodoh mcm lembu syarizat

Anonymous said...

Pnyokong umporno ni terdiri dklangan org yg xda otak..mana diaorng blh lihat dgn mata hati,,mrk hya ada mata duitan sama spt pmimpin yg memperbodohkan mrk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails