KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu
perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan
orang lain.
Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.
“Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang
terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar
umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk
bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.
"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.
“Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu
kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran
kerajaannya kepada Islam," kata beliau.
Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno
boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"
"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis
Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk
syurga,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.
Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan
nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang
apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. (SH)
No comments:
Post a Comment