Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki yang mirip timbalan presiden PKR Azmin Ali.
"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.
"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?
"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan
gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal," katanya di Facebook.
Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya
disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita
di dalam tandas."
Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno (MK)
1 comment:
http://www.eperjuangan.com/2009/08/hukum-dedahkan-kesalahan-pemimpin.html?m=1
Post a Comment