Friday, May 11, 2012

Bapa Kafir: Replika NST Dibakar, Boikot NST!



(Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin membakar replika NST di Kota Bharum - Gambar Yusri)

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul  mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas. (gambar)

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau  menulis berita itu. Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

“Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

“Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan,” katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998. Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

“Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

“Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang,” ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am. Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat. Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, Harakahdaily juga menyiarkan syor boikot NST..

"Saya berharap pihak Harakah, PAS, KeAdilan dan DAP menyeru semua penyokong untuk memboikot NST supaya memberi pengajaran terhadap sikap biadap mereka. Menyiarkan berita seperti itu bukan sahaja menhina Tuan Guru dan PAS malah sebagai umat Islam ia seperti mempersenda umat Islam.

Tajuk rencana itu tak sepatutnya di tulis sedemikian rupa. Masih banyak cari lain untuk menyampaikan berita tersebut walaupun ianya bukan datang secara langsung dari pemberita NST. Ianya seolah olah melontar batu sembunyi tangan.Tajuk berita itu tidak langsung mengambil kira sensiviti kaum dan agama." Oleh Abdul Halim Mohamed Shariff, 
(IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails