PERDANA MENTERI SINGAPURA, Lee Hsien
Loong (kiri) berjabat tangan dengan seorang penyokong pada satu
perhimpunan politik di daerah Hougang, Khamis lalu.
PAP tewas pilihan raya kecil Hougang
SINGAPURA - Pengundi Singapura sekali lagi mengetepikan parti
pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan kecil kerusi
Daerah Hougang semalam.
Beberapa pegawai pilihan raya berkata, calon Parti Pekerja, Png Eng
Huat mendapat 62 peratus daripada keseluruhan 62,000 undi sekali gus
mengekalkan penguasaan parti pembangkang tersebut di Hougang.Calon PAP, Desmond Choo pula memperoleh cuma 38 peratus undi pada pilihan raya tersebut.
Pilihan raya berkenaan diadakan oleh Pemerintah Singapura selepas
kepimpinan Parti Pekerja menyingkirkan wakil rakyat mereka, Yaw Shin
Leong kerana enggan memberi penerangan berhubung dakwaan beliau
menjalinkan hubungan sulit.
Choo tewas kepada Shin Leong semasa pilihan raya umum pada Mei tahun lalu. Prestasi PAP dalam pilihan raya berkenaan adalah yang terburuk sejak Singapura memperoleh kemerdekaan pada 1965.
Parti pemerintah berkenaan kini menguasai 81 daripada 87 kerusi di
Parlimen manakala baki enam kerusi lagi diduduki oleh Parti Pekerja. -
Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat sudah mahu kepada perubahan dan mula sokong pembangkang sama seperti Malaysia?
No comments:
Post a Comment