Friday, May 04, 2012

Sultan Kelantan Jalan Kaki 7 Km


 

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam.

Sultan Kelantan [tengah depan] berjalan kaki 7 KM di Kota Bharu semalam

Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.

Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.

Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment