Saturday, May 26, 2012

Top Super Model Australia, Kini Sudah Bertudung



















INI bukan suatu keputusan mudah bagi setiap orang. Keputusan untuk menempatkan dirinya pada kedudukan yang berlainan agama dan berbeda kepercayaan. Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone), yang masing-masing pada gilirannya, akan menumbuhkan perasaan pasif terhadap "orang lain" di sekitarnya.

Tetapi, selalu ada kecualian! 

Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia. Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. 

Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang Muslim secara langsung. Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' di mana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.

Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.

"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang Muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.

Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media-red) tidak terlalu benar," katanya.

"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.

"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.

Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

1 comment:

Anonymous said...

Klu depa ikut pendakwah wanita kristian (yg kat gereja tu le), mereka tu tutup aurat.
Wlu bgaimana pun Islam the best sbb diiktiraf oleh Allah , Tuhan yg mencipta manusia, makhluk & sekelian alam, yg mengajar & memandu tanpa miss satu hal paling sekecik2 pun dlm menempuh kehidupa dlm dunia, yg balasannya dunia & akhirat.

Sbnarnya Australia ni lama dah Islam bertapak, salah sorag yg agak lama being a Muslim ialah bapa si Wardina tu. Jadi pendakwah pulak tu masa dulu2. Skrag lama tak dngar beriita.

Bila Wardina pulak ikutnya, tak le terpernjat sbb gene tu ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails