Sunday, June 03, 2012

3 Misi Cipta Perubahan -Ameerah DMP

Program Kongress 60 tahun PAS dan Pelancaran Ameerah..

ALOR SETAR, 2 Jun: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat bertekad menjadi pelengkap kepada perjuangan politik anak muda Malaysia. Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, bagi merealisasikan tekad itu, Ameerah membawa tiga misi yang menjadi gagasan penting untuk mencipta perubahan di Malaysia.

Tiga misi yang mensasarkan golongan wanita itu adalah..
  • memperbaiki persepsi politik di kalangan wanita muda Malaysia, 
  • meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat 
  • dan memupuk semangat semangat cintakan negara.
Beliau berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin kotor termasuk budaya politik lucah di negara ini, wanita muda tidak harus lagi berdiam diri dan bersikap tidak peduli.

Katanya, politik kotor ini akhirnya merugikan negara sendiri apabila semakin ramai anak muda yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik.

"Selama lebih 50 tahun anak muda di negara ini telah dijamukan dengan budaya politik rasuah, budaya politik samseng, budaya politik fitnah dan budaya politik lucah! Siapa yang bertanggungjawab atas semua ini? Siapa yang menaja kumpulan senaman punggung di hadapan rumah rakan kita ambiga? Siapa yang mengusung ustazah Ummi Hafilda ke sana sini dengan ceramah beliau yang tidak bermaruah? Siapa yang membaling batu dan telur dalam ceramah Pakatan Rakyat di Melaka dan Pantai Dalam?

"Justeru kita tidak hairan mengapa ramai di kalangan rakan-rakan kita terutama sahabat saya yang perempuan mengambil sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air.

Natijahnya apa saudara? Lebih 2 juta anak muda di negara kita tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Natijah apa lagi? Seramai lebih 60% anak muda yang telah mendaftar tidak turun mengundi pada PRU yang ke 12 yang lepas yang menyebabkan kita kalah di beberapa kerusi di Terengganu.

"Jumlah undi PAS menurun di beberapa DUN di Johor, Pahang Negeri Sembilan. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang dalam PRU ke-13 akan datang?" katanya dalam pidato anak muda di Ekpresi Anak Muda Menuju Putrajaya sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini, petang semalam.

Fareedah juga berkata, Ameerah perlu memastikan wanita muda terliba secara langsung dalam sistem politik Malaysia.

"Barisan muslimat muda perlu kita gerakkan seoptimum mungkin bagi memastikan wanita muda di luar sana sentiasa mempunyai kesedaran untuk sama-sama terlibat dalam usaha kita membangunkan masyarakat seterusnya mencipta perubahan yang signifikan kepada tanah air kerana kita yakin tangan yang menghayun buaian pasti mampu menggoncang dunia," katanya di hadapan lebih 50,000 anak muda yang hadir.

Selain itu beliau berkata, Ameerah harus membawa anak muda mencintai negara dalam masa yang sama tidak meninggalkan Islam sebagai cara hidup. Tugas Ameerah katanya sangat penting untuk memastikan anak muda tidka terus dilalaikan dengan hiburan melampau sehinga melupakan jati diri dan nilai-nilai ketimuran.

"Lebih 50 tahun penjajah meninggalkan negara kita. Namun minda anak muda pada hari ini terus dijajah oleh tradisi memperbodohkan rakyat. Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei yang lepas merupakan klimaks kepada pendedahan strategi kerajaan Malasyia yang mahu melumpuhkan gerakan anak muda di negara ini.

Para belia dilarutkan dalam budaya hiburan terlampau yang langsung tidak membantu membangunkan jiwa anak-anak ini apatah lagi mengisi rohani mereka seperti mana diwar-warkan," katanya.

Tambahnya, kerajaan  menyatakan bahawa para belia terbabit merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, tetapi bakal pemimpin tersebut diwariskan dengan budaya K-pop, J-Pop, budaya drag races yang mirip perlumbaan haram, dan tarian artis wanita yang mengghairahkan.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails