Emilia Contessa, kini bertudung?
HALAMAN HIBURAN
BERITA HARIAN SINGAPURA 2 Jun 2012
Emilia berhasrat jadi AP untuk perjuangkan akidah Islam
JAKARTA: Penyanyi tahun '70-an dari Indonesia, Emilia Contessa (gambar),
berkata penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk
beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya Indonesia, yang
dijadualkan pada 2014.
Beliau berkata, hasratnya adalah bagi memperjuangkan hak dan akidah
Islam di negara itu agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan
mencapai kejayaan.
"Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah, saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.
"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat
Islam di Indonesia," kata Emilia, 55 tahun, lapor mStar Online.
Emilia, yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya
parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia, berkata
penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang
seni.
Ujarnya, ia disebabkan beliau perlu berkempen ke serata tempat mencari
pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.
"Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan
menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif
berpolitik.
"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan," jelasnya yang pernah
popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan
Kehancuran.
Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa
memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan
menyanyi sambil diiringi piano.
Menurutnya, latihan tersebut mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan
kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.
Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia yang pernah tiga kali berumah
tangga berkata suami ketiganya adalah seorang duda, yang juga ahli
politik berketurunan Arab iaitu Encik Ussama Muhammad Al Hadar.
Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat anak.
Salah seorang daripada anaknya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu, yang merupakan penyanyi rap di Indonesia.
Komen Weblog http://manjongmari.blogspot.com:
Bersangka baik dan berlapang dadalah kita dengan niat murninya..lagi pun kisah ni berlaku di Indonesia... Kalau di Malaysia macam bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Jati... tobat lahum aku tak percaya dengan apa yang dia sebutkan...
Mungkin kisah lama penyanyi ini timbul kesedaran,,, ikut sejarah, perkahwinan kali pertamanya dengan lelaki Kristian, dan dia ikut sama jadi kristian seketika...

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Menyentuh sisi peribadinya pula, Emilia berkahwin dengan Rio Tambunan
pada 1976 dan dikurniakan dua anak iaitu penyanyi Denada Elizabeth
Anggia Ayu dan Enrico Wendri Rizky.
Kemudian, beliau bernikah pula dengan Abdullah Surkaty dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Surkaty. Seterusnya dia bernikah dengan lelaki keturunan Arab yang juga duda beranak dua, Ussama Muhammad Al Hadar dan mendapat seorang anak lelaki, Kaisar Hadi Haggy Al-Hadar.

Ertinya, artis ini pernah murtad dan Islam kembali.. Dan ingin perjuangkan aqidah Islam melalui parlimen Indonesia. Bahkan masih terus menyanyi dan akan datang membuat persembahannya di Malaysia.
Wajarkah?
1 comment:
Kalau Emelia ni masuk PAS lagi best...
Post a Comment