Bawah, Ibn Hasyim semasa berforum di P.Pinang
KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong bantahan Dewan Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) yang berasa kesal dan kecewa dengan tindakan
kerajaan ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza)
bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT."Apakah tidak ada cara lain selain dengan merobohkan bengunann yang merupakan aset kepada UDA Holding rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu? " kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim. "UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera..."
BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa. DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini. Apa lagi tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.
Menurut Kamaruzaman Mohamad ketua DPPWP yang berkata melalui Harakah Online, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal...
Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore. Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu. DPPWP juga, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza, hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan.
"Sila kaji balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza dan permainan dibelakangnya, demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di KL.. Mana peranan kerajaan UMNO/BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?”
Tempelak editor weblog Ibnu Hasyim lagi, yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang. (IH)
1 comment:
Say tak tahu apa pendapat org lain, tetapi saya sbagai org Brunei yg sering kaKL, tempat favourite saya & keluarga adalah BB Plaza ini. Saya selalu tinggal diHotel Federal yg berhampiran dan cuma perlu berjalan kaki sahaja kaPlaza tersebut.a
Post a Comment