HIBURAN
KL: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) bimbang dengan trend penerbitan filem tempatan yang
lebih kepada unsur negatif iaitu seram dan gengster.
Menurut Mohd Syahiran Muhamad, Exco Dokumentasi & Penerbitan
PKPIM, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan mengetengahkan keganasan
seperti “Gangsterisme” yang akhirnya akan mempengaruhi anak-anak muda di
negara ini kearah perkara yang ditengah terutama agama Islam.
Bagi beliau, pemfileman merupakan salah satu media atau alat
penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat berbentuk
penceritaan bersiri atau hanya satu episod.
Katanya, filem atau drama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dalam negara. Nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser
dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan
nilai-nilaimurni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang
pastinya mengutamakanabab serta nilai yang baik.
Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarangamat
membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan
tahyul. Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem-filem ini tidaklah
menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan hanya mengetengahkan
adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai.
Namun, katanya, perbuatan-perbuatan ini salah serta memberi
padah jika ditiru berbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem
tempatan yang terbaik dari segi nilai-nilai murni yang disampaikan.
Oleh itu, setiap pengeluaran filem di negara ini harus diambil nilai
oleh pihak pemfileman negara, manakala diharap Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan dan kementerian yang bertanggunjawab keatasnya.
Untuk mempastikan keluhuran agama Islam terjaga, katanya, pihak
berkuasa haruslah meneliti setiap filem yang akan dikeluarkan agar
rakyat yang beradab yang mengamalkan nilai-nilai murni dapat dibentuk
untuk hari ini dan masa depan. (Hrkh)
No comments:
Post a Comment