Thursday, June 07, 2012

Bogel Kumpul Wang Tak Apa, Kerana Dia...




























 Berbogel untuk kumpul wang ke Sukan Paralimpik

TOKYO - Seorang pelari wanita, Maya Nakanishi (gambar), 27, sanggup berbogel bagi tujuan untuk mengumpulkan wang bagi membiayai kos penyertaannya ke Sukan Paralimpik di London.

Gambar-gambar bogel itu kemudian disiarkan dalam kalendar yang dijual kepada orang ramai. Hasil jualan itu akan turut digunakan bagi membantunya untuk turut memperoleh kaki palsu yang baharu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bogel untuk kumpul wang guna bagi keperluan harian, bagi dia tidak salah, kerana dia bukan beragama Islam. Sebab dalam Islam membuka dan tontonkan aurat kepada umum  itu adalah perbuatan maksiat yang salah. Tidak boleh makan duit dari hasil maksiat.

Begitu juga bagi sebuah kerajaan yang mengaku Islam, apalagi bila Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan), mencari wang negara dengan cara yang haram dan maksiat, sudah tentu lebih salah lagi. Kerana di dalamnya ada ramai ulama dan bijakpandai-bijakpandai Islam, termasuk yang menjadi 'syaitan bisu'.

Haram, bagi negara yang cari wang dengan hasil judi, arak, hotel lacur, pusat hiburan maksiat, judi bola sepak dan aktiviti-aktiviti yang sekandang dengannya. (IH)

2 comments:

  1. salam saya setuju dengan pak hasyim, tapi saya nak tanya kepada pak hasyim mahu pun sesiapa sahaja adakah dengan pertukaran kerajaan dari bn ke pr pada pru 13, segala bentuk perniagaan haram di sisi Islam akan diharamkan ke semuanya atau masih ada lagi kelonggaran terhadap orang bukan Islam ? Pendapat saya sekiranya kelonggaran di beri ia tidak akan mengubah keadaan kerana orang Islam masih terdedah dan boleh terlibat secara under ground dengan perkara-perkara haram ini atau kerajaan pr akan mewujudkan religious police untuk menguatkuasakan pengharaman ke atas orang Islam ? Orang bukan Islam mungkin akan membantah kerana akan kehilangan begitu ramai pelanggan dan akan menyebabkan kurangnya sokongan ke atas pr pada pru 14

    ReplyDelete
  2. Salam unt. the neutralist.

    Contoh ringkasnya, sila lihat negeri Kelantan, negeri miskin, segalanya disekat, hak royalti dan pembangunan, hudud walaupun tidak melibatkan bukan Islam, lebuh raya dll. Namun K'tan masih boleh terus membangun, hutang dibayar, hukum syariat terus diperbaiki dan sebagainya.

    Contoh lain, Selangor, Pulau Pinang atau Kedah yang baru pegang kerajaan, walaupun kerajaan Persekutuan masih jadi penghalang. Tetapi jika PR kuasai Persekutuan, maka pembangunan akan berjaan terus.

    Mengenai ekonomi yang haram, semuanya dapat diperbicangkan dan diselesaikan, kerana Islam adalah agama yang sentiass evergreen, sesuai sepanjang zaman, setiap masa, setiap bangsa, negara dan agama.

    Itu muqaddimahnya..

    ReplyDelete