GRO warga China diselamatkan anggota bomba selepas cuba
terjun bagi mengelak ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di
Rasah Jaya, Seremban malam kelmarin.
SEREMBAN - Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China yang takut dicekup anggota Imigresen bertindak nekad berdiri di atas kompresor alat pendingin udara di tingkat dua sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya di sini malam kelmarin.
Wanita berusia 30-an tersebut turut mengancam untuk terjun walaupun dipujuk oleh anggota Imigresen.
Kejadian cemas yang berlarutan selama sejam itu bermula apabila sepasukan anggota Imigresen menyerbu pusat hiburan berkenaan pada pukul 11 malam.
Ketika serbuan, seramai 30 GRO yang lain bertindak menyembunyikan diri di bahagian bumbung premis setinggi dua tingkat itu.
Bagaimanapun, drama tersebut berakhir selepas pihak Imigresen meminta bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rahang di sini untuk membawa turun wanita itu.(Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi masalah GRO akan selesai di negara ini? Apakah pemimpin-pemimpin kita kita sudah kekeringan idea dan tumpul pemikiran untuk cari formula penyelesaian? Mengapa tidak mahu cuba penyelesaian menurut Islam? Masih tidak yakin dengan penyelesaian Al-Quran? Atau sudah buta Al-Qurankah? (IH)
3 comments:
bagus ulasan Tuan Haji. Apa kata mulakan dengan Negeri Selangor & Pulau Pinang yang bersepah2 rumah urut, disko & macam2 jenis maksiat lagi. Dulu sebelum dapat kuasa, bukan main lagi hentam itu ini. Ini Allah dah uji bagi peluang dapat kuasa, para Ustaz lebai PAS dah jadik macam syaitan bisu pulak saya tengok. Semua menikus takut dengan DAP...
IDEA YG BAIK TETAPI INGAT MALAYSIA ADA UNDANG UNDANGNYA TERSENDIRI SETIAP PERUNDANGAN YANG BERLAWANAN & ATAU BERCANGAH DENGAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN (PUSAT) AKAN TERBATAL DGN SENDIRINYA SO SELAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI MENGAMAL UGAMA SUKU POLITIK SUKU DAN PARA PEMIMPINNYA ROH ISLAM DALAM DIRI DAN KELUARGA SENDIRI PUN TAK DAPAT DILAKSANAKAN JANGAN HARAP PERUNDANGAN ISLAM DAPAT DI KANUNKAN.
mana penguatkuasa kerajaan federal? mana penguatkuasa kerajaan tempatan? sapa perintah pun, benda2 ni tetap akan berterusan. cakap banyak pun tak guna. hanya agensi2 penguatkuasa saja yg boleh jawab.
Post a Comment