Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat berkata, kebebasan tersebut memberi peluang kepada setiap parti
di negara ini untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto di media
sepanjang tempoh berkempen PRU13.
“Saya merasakan ruang tersebut diberikan
kerana selama ini kerajaan banyak menerima pelbagai desakan daripada
pembangkang. Saya lebih daripada setuju dengan kebebasan itu,” katanya
kepada media semalam.
Terdahulu beliau menyaksikan Majlis
Menandatangani Perjanjian Projek Usaha sama antara Majlis Daerah Gua
Musang dengan Syarikat True Impression Sdn Bhd di sebuah hotel di sini,
hari ini.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai
dalam satu mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini dan itu juga
diputuskan berikutan penubuhan jawatankuasa khas berhubung perkara itu
di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, akses media yang bebas dan
adil adalah salah satu daripada lapan tuntutan menerusi Bersih 3.0 pada
28 April lalu untuk memperjuangkan hak mendapatkan liputan mahupun
penyebaran maklumat pada PRU13 nanti.
Projek di Bandar Lama Gua Musang itu
membabitkan pelaburan kira-kira RM20 juta melibatkan pembinaan unit
kedai, pejabat, rumah berkembar dan banglo yang dijangka siap dalam masa
18 bulan dan semalam pihak pemaju turut memberi wang pendahuluan
sebanyak RM1 juta.
No comments:
Post a Comment