Tuesday, June 19, 2012

N/Aziz: Solat Syukur, Tahniah Kemenenagan Ikhwan..

,
 














KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir semalam.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Mesir yang memilih calon Ikhwan, sebagai Presiden baru, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin. Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memangi pilihanraya itu selepas 83 tahun perjuangannya.

“Saya sendiri akan menunaikan solat sunat syukur dua rekaat tengahari ini dan insyaallah malam nanti saya akan meneruskannya pula di rumah.

“Saya juga berdoa dan berharap semoga umat Islam di seluruh dunia termasuk pejuang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat yang sama bagi melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu,” ujarnya.

Katanya, semoga dengan cara itu akan mempertingkatkan lagi hubungan dan kekuatan kepada perjuangan Islam di dunia ini, termasuk Malaysia. (Hrkh)

Katanya, tidak ada orang Islam di muka dunia ini yang tidak gembira dengan kemenangan Ikhwan Muslimin di bawah partinya (Kebebasan dan Keadilan).

Katanya, walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari sehingga tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, akhirnya perjuangan itu menang juga.

Kata Tuan Guru, usaha ‘juak-juak’ sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk menangkan calon mereka akhirnya tewas juga.

Dengan kemenangan Ikhwan, beliau berkeyakinan ianya akan terkesan di Malaysia di mana perjuangan Islam di Negara ini juga akan menemui kemenangan.

“Dengan dunia tanpa sempadan ini manusia dapat melihat secara terus apa yang berlaku tanpa ditapis,” jelasnya.

Sambungnya,  walaupun perjuangan Islam di Malaysia tidak bebas akibat ditekan dan dikongkong, apa lagi  tidak mempunyai media, namun dengan langit tanpa sempadan itu, ianya akan membantu kemenangan PAS di Malaysia.

Tuan Guru berpendapat kemenangan itu sudah tentu pengundi Mesir mendapat hidayah dari Allah selepas rakyat mereka selama ini dibunuh, dikurung dalam penjara.

“Pelbagai seksa di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jammal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails