Tuesday, June 19, 2012

Nik Aziz Ziarah Keluarga Kanak-kanak Tertembak



 














KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pagi semalam melawat kanak-kanak yang tertembak diri sendiri.

Ketika mengunjungi keluarga allahyarham, Tuan Guru berharap mereka bersabar menerima ujian Allah yang sememangnya cukup memilukan hati. Beliau berkata demikian kepada bapa allahyarham adik Mohd Fais Faizal, Hisham Ghazali, di rumahnya, di Ketereh.

Mohd Fais Faizal Hisham, 7, pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Pohon Tanjong, Pasir Mas, Sabtu lalu meninggal dunia apabila tertembak diri sendiri menggunakan pistol bapa saudara yang disangka pistol mainan.

Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu kira-kira 9.00 malam sewaktu bapa saudaranya ke masjid dan beberapa jam selepas menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-7. Fais dikatakan bertemu pistol berkenaan yang diletakkan di bawah meja.

Akibat kesan tembakan sendiri, seorang lagi bapa saudara adik Fais, Helmi, yang berada di belakangnya turut terkena serpihan itu. Tuan Guru yang memahami perasaan keluarga berkenaan seterusnya memberitahu, ianya satu ujian besar yang memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Kita hidup ni pasti berakhir dengan kematian,” ujarnya.

Sementara itu, Hisham melahirkan rasa terharu di atas kesudian Tuan Guru menziarahinya. “Terima kasih banyak tok guru,” ujarnya.

Ibu mangsa, Fadhilah Rifa’in, 27, redha dengan ketentuan Ilahi untuknya. Baginya, Fais seorang anak yang baik serta pintar memandangkan allahyarham dapat membaca ketika berusia lima tahun. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails