Sunday, June 17, 2012

Nik Wallenda Berjalan Atas Tali Seberang Niagara

 AKSI Wallenda ketika berjalan di atas tali kabel merentasi air terjun Niagara dari bahagian Amerika Syarikat hingga ke bahagian Kanada, malam semalam.
Nik Wallenda berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara dari sebelah Amerika Syarikat kelmarin

JOM KREATIF


JERAM NIAGARA, Kanada - Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi orang pertama berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang memisahkan Amerika Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.

"Saya sungguh gembira," katanya kepada wartawan selepas menamatkan aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang berkumpul di kedua-dua belah sempadan berkenaan.

Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel tergantung setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun terbesar di rantau Amerika Utara itu.
Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC, percubaan Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.

Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak ngeri terkenal, Flying Wallendas. - Agensi

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

No comments:

Post a Comment