Husam, Tok Guru Nik Aziz dan David Gregory Pine dalam pertemuan mereka pagi tadi
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak akhir-akhir ini banyak menerima kunjungan tetamu dari luar negara sama ada dari pejabat kedutaan. Hari ini Tuan Guru menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, David Gregory Pine di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini pagi tadi.
Beliau yang tidak dapat meneruskan pertemuan dengan duta itu hanya mewakilkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa. Turut hadir dalam pertemuan itu, anggota exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah.
Dalam pertemuan sejam itu, pelbagai isu dibincangkan bersama dalam meningkatkan tahap ekonomi di tempat masing-masing. Antara lain, kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pemeliharaan hutan dan memajukan hutan lipur sebagai ekonomi.
New Zealand minat padi organik
Gregory juga turut berminat berhubung kaedah penanaman padi dan sayuran cara organik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang sememangnya lebih baik dari menggunakan baja kimia yang lain.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian kerajaan negeri menerima kunjungannya.
“Saya ucapkan terima kasih kerana kesudian menerima kunjungan ini dan banyak perkara dapat dibincangkan bersama,”ujarnya. (Hrkh)
1 comment:
Elhamdulillah...sesungguhnya limpah kurnia Allah itu tiada batasanNya pabila segala usaha kita ikhlas dalam menegakkan SyiarNya sebagai 'paradigm shift' ketimuran kita bersinar langsung mentari meyuluh seluruh alam - Allahu Akbar!
Post a Comment