Tuesday, June 19, 2012

RM26J Kos Lawatan PM Ke Luar Negara



KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009 telah menelan belanja sebanyak RM26,080,144.39.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang meminta perdana menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat. Mengikut pecahan tahunan, Nazri memaklumkan bahawa pada 2009 perdana menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99. Tahun 2011 adalah paling kerap iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Manakala untuk separuh tahun 2012, sebanyak 8 kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.(Hrkh)

No comments:

Post a Comment