KL, 14 Jun 12: Saksikan UMNO Meletup! The Malaysian Insider hari ini melaporkan, kaji selidik dan analisis dalaman oleh Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan untuk menang di 100 kerusi parlimen jika pilihan raya dilaksanakan kelak, namun pembangkang menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Razak yang dijangka pada 28 September menjadi satu “pertukaran permainan” yang boleh menjejaskan kemenangan pembangkang.
The Malaysian Insider difahamkan, yang satu susunan unjuran oleh tiga komponen pakatan pembangkang sebahagian besarnya menandingi konsensus Perisikan Barisan Nasional (BN) yang melihat gabungan pemerintah menjamin 80 kerusi dengan kemungkinan menang 50.
“Analisis dari kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan besar ialah kami lebih optimistik di Johor, Sabah dan Sarawak yang mana membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi,” kata seorang ahli strategi kanan PR kepada The Malaysian Insider.
Walaupun tinjaun BN menunjukkan mereka mampu meletakkan sehingga 146 ahli Parlimen, hanya kurang dua lagi untuk dua pertiga “supermajority”, kata sumber.
Analisis ini dibuat sebaik sahaja selepas pemberian-pemberian tunai RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Satu lagi kajian baru-baru ini oleh Cawangan Khas menunjukkan keputusan bahawa mereka hanya boleh membolot sehingga 118 kerusi pusat, membangkitkan ahli strategi BN mencari satu ikhtiar untuk melewatkan pilihan raya itu.
Kadar sokongan terhadap perdana menteri meningkat dengan mendadak kepada 69 peratus sebaik sahaja selepas RM2.6 bilion dalam tunai telah dibelanjakan tetapi menurun bulan berikutnya selepas pertempuran antara polis dan perusuh di perhimpunan Bersih pada. 28 April untuk menuntut pilihan raya bebas and adil.
Najib tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum dijangka oleh pertengahan 2013 melainkan beliau yakin memperbaiki kedudukan 140 Ahli Parlimen BN pada Mac 2008.
Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian, kononnya bagi memperbaiki gabungan paling teruk pernah melalui pilihan raya.
Pengerusi BN itu baru-baru ini berkata beliau akan mengumumkan belanjawan tahun depan pada 28 September, dijangka merangkumi satu lagi siri pemberian BR1M, yang mana telah diakui pemimpin Umno yang mana kemungkinan itu bakal berlaku.
The Malaysian Insider juga melaporkan pada Selasa lalu yang Ahli Parlimen BN telah diberi RM1.5 juta untuk diagihkan di kawasan mereka pada mesyuarat Isnin lalu.
Turut difahamkan bahawa RM300,000 akan tersedia minggu ini untuk pembayaran-pembayaran tunai manakala yang selebihnya apabila dimohon.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah berkata awal tahun ini PR akan hanya perlu 100 Ahli Parlimen yang akan menyaksikan “Umno meletup,” dan ahli strategi PR lain turut menyuarakan pendirian sama apabila bercakap kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution juga memberitahu The Malaysian Insider yang “pucuk pimpinan tidak mungkin bersetuju, tetapi pandangan peribadi saya adalah sekarang ialah masa terbaik untuk pilihan raya.”
“Tetapi saya rasa Najib mahu mengumumkan bajet pilihan raya pertama. Itu satu-satunya permainan beliau sekarang selain mengharapkan pertelingkahan dalaman dalam parti-parti PR dan serangan-serangan di Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali,” katanya, merujuk kepada Ketua Umum PKR dan timbalan presidennya.
The Malaysian Insider telah melaporkan 28 Mei, kemungkinan pilihan raya pada September, namun pengumuman Najib yang Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September telah mendesak pakar strategi parti melihat satu tarikh yang seterusnya untuk memastikan bajet gula-gula itu dirasai di peringkat akar umbi.
Jemaah haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan usaha BN memikat belia dan undian Cina mungkin melengahkan pilihan raya hingga November, jelas sumber, dan menambah bahawa pengerusi BN itu tetap akan meneliti senarai calon-calon bagi memastikan satu kemenangan lebih besar.
Sumber-sumber BN mengatakan beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan gabungan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan satu kemenangan meyakinkan terutama dengan 2.2 juta para pengundi membuang undi buat kali pertama.
Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, yang kononnya bagi memperbaiki prestasi yang paling teruk pilihan raya yang pernah dilalui BN pada Mac 2008, di mana parti itu hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan empat kerajaan negeri. (IH/MI)
Assalam Tuan punya blog. Memandangkan ini post terbaru, saya mohon jasabaik Tuan utk turunkan gambar thumbnail bagi E-buku IH-48 Kisah-kisah Bogel(2). Jagalah aurat wanita didalam gambar ini walau apa pun keadaannya. Tuan orang yang beragama. Tukarlah dgn gambar lain.
ReplyDelete