Forum Nusantara 5, Syed Sheikh Al Hadi 'Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia' di Audiotorium MPSP, Bandar Perda, Bkt Mertajam
Langkah Penang Institute yang tidak lekang memperkenalkan beberapa orang
tokoh lama yang menabur budi di Malaysia amat dihargai tambahan lagi
tokoh yang jarang diperkatakan atau di topikan dalam sesebuah program.
Kali ini Forum Nusantara 5 mengupas jatidiri yang ada pada tokoh
terkenal dalam bidang pendidikan dan penulisan iaitu Syed Sheikh Al Hadi
Beliau merupakan pengasas Sekolah Agama Al Mashoor yang dulunya terletak
di tengah-tengah bandar sebelum di pindahkan ke lokasi lain ekoran
pembinaan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) sekitar tahun 1980 an.
Pemidato yang dijemput khas untuk membicarakan tentang perwatakan, sikap
terhadap masyarakat, jasanya yang tidak terbilang di bidang agama,
penulisan serta pendidikan memang sesuai kerana mereka merupakan
pengkaji yang berfakta.
Siapa tidak kenal dengan Haji Mohamad Hashim atau nama penanya Ibnu
Hashim yang sering menulis buku politik tanahair, Tokoh Agamawan yang
pernah menjadi Mutfi Negeri Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin
atau lebih dikenali dengan Dr MAZA dan seorang lagi tokoh muda Budi
Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim yang baru-baru ini merangkul
juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 2011 hasil lirik bermutu 'Awan Nano'
nyanyian Hafiz..
Apapun.. syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengcungkil nama
yang kian tenggelam sedangkan tanpa perjuangan suci mereka, Islam,
bahasa dan ketamadhunan pendidikan tidak ke mana.
1 comment:
Asalamualaikum,
Mungkin penulis dan blogger boleh mohon agar Penang Institute memberi satu link kepada video forum ini.
Terutamanya kepada mereka yang ingin mendengar sekali lagi apa yang dibicarakan oleh ahli forum dan sesi soal jawab kepada perbincangan tentang sumbangan Syed Sheikh AlHadi ini.
Post a Comment