ORANG ramai membawa alat pembinaan
terpakai seperti kereta sorong, penyodok, cangkul dan beberapa guni
pasir untuk diserahkan kepada Nik Aziz di hadapan Kompleks Kota Darul
Naim, Kota Bharu semalam. (Kosmo)
Sebahagian ahli NGO yang menyertai demonstrasi 'Tukar Acu Test Sepenggal’, semalam
KL: Selepas Projek demotrasi 'Senaman Tunjuk Punggung' dan jual bagger depan rumah Ambiga (Pemimpin BERSIH) bulan lepas, maka wujud pula 'Demontrasi Tujuk Cangkul' yang mewakili 32 badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di
hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) di
Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam. Menurut laporan Kosmo.
Demontrasi yang disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal' itu juga menunjukkan dan mehyerahkan alat peralatan pembinaan termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan
beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap ‘hasrat murni’
kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat, juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz, MB Kelantan.
Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu tersebut yang seolah-olah
menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk
menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang
kepada rakyat memberikan sumbangan.
Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan (gambar kanan) menyifatkan kumpulan
tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila
Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk
bersama-sama melakukan amal jariah.
Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri
mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya
sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia
sebenarnya konsep wakaf.
Menurutnya, sejak pemerintahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat lagi rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk melakukan kerja-kerja
kebajikan termasuk pembinaan jambatan mahupun surau dan masjid di negeri
ini.
“Kenapa apabila ada rakyat memberikan sumbangan untuk membina masjid
dan surau tiada pihak yang mempersoalkan tetapi setelah rakyat membantu
kerajaan menyediakan lebuh raya ada yang mempertikaikan dengan anggapan
kita mengutip derma.
“Saya yakin Kerajaan Negeri mampu membina lebuh raya tersebut
berdasarkan sumber-sumber yang ada dan tidak perlulah pihak lain
mempertikaikannya kerana sebenarnya kita mengotakan janji-janji Barisan
Nasional (BN) sebelum ini mahu membina lebuh raya,” katanya ketika
ditemui selepas perasmian Pusat Penerangan Pas di sini, semalam.
Pusat penerangan tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil rakyat di
Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.
Mohd Fadhli berkata, pendekatan membuka peluang kepada rakyat memberi
sumbangan itu bukannya untuk mengaut duit rakyat bagi menjayakan
janji-janji kerajaan tetapi sebenarnya sebagai pendedahan menggalakkan
umat Islam beramal jariah.
“Rakyat juga sedar pembinaan lebuh raya ini penting kepada mereka dan
bukan sahaja digunakan oleh orang Islam sahaja, bahkan semua orang akan
menggunakannya terutamanya mengatasi masalah kesesakan,” katanya. (IH)
Kalau tak ndak sumbang tak ngapa tapi nanti jalan tu dah siap jangan gunalah.
ReplyDeleteHehe terkejut bro idea nik aziz tu x pnh terpikir olh org umno..tu yg meroyan tu..kesian..
ReplyDeletepatutlah projek yg umno buat jadi mahal melampau.
ReplyDeleterupanya masih guna cara lama bawa kereta sorong dan cangkul.
itulah tahap kemajuan, ketuanan melayu umno.
so selamat tinggal la parti lapuk yg mundur jiwa raga dan mentaliti.
imna? jauh sekali lah.
Mohon YB TGNA Menteri Besar Kelantan membina sebuah galeri menyimpan peralatan yang disumbangkan oleh puak2 yang menentang itu dan catatkan sekali nama individu @ NGO yang menyumbangnya. Mudah2an dengan itu anak cucu kita nanti dapat mengenal siapa pengkhianat negeri, bangsa dan agama. Dan liskan juga nama penyumbang2 wakaf yang ikhlas, mudah2an semua ini menjadi iktibar untuk anak cucu kita insyaallah.
ReplyDeleteperangai apa juga macam itu...... fikirlah kamu semua...
ReplyDelete