Masjid Kpitan Keling Pulau Pinang
MENGAPA dikatakan pemikiran Syed Syeih Al-Hadi, sukar diterima di Singapura, Johor bahru, dan Melaka, rupanya disenangi di Pulau Pinang? Apakah kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea progesif yang melangkaui zamannya ini mampu bertapak dan membina bentuknya di negeri ini? Apakah inti pemikiran dan kaedah beliau mampu kita teladani dan manfaatkan untuk masa kini?
Mari kita lihat sejarah?
Pulau Pinang termasuk dalam Negeri-negeri Selat. Penempatan Selat koloni diraja Britain diwujudkan pada 1826. Negeri-negeri Selat ini terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dindings, Perak (Manjung). Kesemua negeri ini dahulunya di bawah jajahan takluk British. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.
Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Negeri-negeri Selat, atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat. Yang juga merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara.
Kawasan yang mana telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota, juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
- Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales),
- Singapura,
- Kepulauan dan Jajahan Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian Negeri Perak),
- Seberang Perai (juga dikenali sebagai Province Wellesley),
- Melaka,
- Pada 30 Oktober 1906 Labuan menyertai Negeri-negeri Selat. Labuan menjadi sebahagian negeri Sabah pada tahun 1963 dan kemudiannya menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984
- dan Pulau Krismas serta Kepulauan Cocos-Keelings, kini ditadbir oleh Australia.
Satu: Maka melihat kepada latar belakang sejarah ini, masyarakat Pulau Pinang menjadi 'masyarat yang terbuka', masyarakat pelbagai kaum dan masyarakat pendatang. Terdiri dari bangsa-bangsa berasal dari negara China, India, Arab, Eropah, Aceh, Jawa, Yahudi dan lain-lain. Dalam masyarakat beginilah biasanya, pemikiran-pemikiran baru mudah berkembang.
Dua: Negeri-Negeri Selat menjadi negeri yang maju dalam struktur pembangungan, kewujudan kemudahan asas dan media cetak, berbanding negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Hal ini memberi peluang Syed Syeikh Al-Hadi menerbitkan akhabar, buku bahkan menjadi pencetak sendiri.
Tiga: Mengaapa di Pulau Pinang, tidak di Singapura, Johor dan Melaka? Mungkin kerana ramai individu-individu dan persekitaran yang sesuai dengan pemikirannya mampu dikumpulkan. Sekolah Al-Mashoor dapat dipertahankan lama, dan wujud hingga sekarang..
Kesan Dan Manfaat Hingga Kini.:
Kesan dan manfaat Gerakan Pemikiran atau Reformis Islam itu terbukti dengan berkembangnya Sekolah Agama Al-Mashhor Pulau Pinang, penubuhan awalnya di Lebuh Tek Soon di tapak KOMTAR sekarang. Kalau gerakan Islam sebelumnya berkembang di pusat-pusat pengajian Pondok maka gerakan ini berkembang pesat di bandar-bandar, di Pualau, Pinang, Singapura dan Melaka. Ramai dari tokoh-tokoh agama lahir dari sekolah agama tersebut.
Begitu juga kesedaran politik dan berpesatauan sebelum merdeka begitu bersemarak di Pulau Pinang. Lahirnya banyak persatuan poitik, kebajikan, dan sebagainya. Contohnya, PAS sendiri ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun1951. Salah seorang tokoh penajanya adalah seorang Cina Muslim, yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau juga orang yang pertama menubuhkan sistem pendidikan pondok di pulau (tidak termasuk Seberang Prai) di Bayan Lepas Pulau Pinang.
Ahli Parlimen PAS yang pertama dalam pilihanraya umum 1955 memenangi 1 dari 52 kerusi parlimen ialah orang Seberang Prai di Pulau Pinang. Memenangi kawasan parlimen Krian, Perak.
Bersambung Insya Allah.
No comments:
Post a Comment