KERATAN blog Zamkata semalam.
|
KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM),
Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok dilaporkan berada dalam
keadaan tenat di sebuah hospital di ibu kota Thailand itu.
Menurut blog zamkata.blogspot.com yang dikendalikan oleh bekas Ketua
Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin, Chin Peng telah
dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bangkok dari rumahnya yang
terletak di luar ibu kota negara Gajah Putih itu setelah keadaan
kesihatannya semakin meruncing.
Bekas pemimpin perang gerila di hutan Malaysia dan Thailand berusia
88 tahun itu juga dilaporkan sangat uzur. Zainuddin yang mesra dipanggil
Zam memetik sumber-sumber rakan Chin Peng sebagai berkata bahawa
ingatan Chin Peng semakin merosot sejak beberapa bulan lalu sehingga
beliau kini dikatakan tidak lagi dapat mengenali orang yang
menziarahinya.
“Dua orang pembantunya cuba untuk memberitahu tentang kedatangan
pelawat tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.
“Mereka (pelawat) juga diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa
Chin Peng telah pun bercakap mengenai kematiannya,” kata Zainuddin
dalam blog tersebut.
No comments:
Post a Comment