Thursday, June 21, 2012

Wajarkah Pop Korea 'Takluk' Remaja M'sia?


Artis muzik Pop Korea (K-POP)
Movie theatre lobby in Korea


HALAMAN HIBURAN

 Ivy, Korean pop singer, performing Temptation

BEGINI lapor kisah Pop Korea..

SEJAK awal petang, ratusan anak muda tidak henti-henti memasuki sebuah dewan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Tepat jam 8.30 malam, alunan muzik rancak mula bergema di seluruh dewan. Aliran muzik yang dikenali sebagai Korea Pop atau K-Pop menyebabkan isi dewan bagaikan hidup.
Ratusan anak remaja tadi mula bertepuk tangan dan menjerit nama anggota dalam kumpulan Bing Bang VIP (BBVIP) yang menjadi kesayangan mereka.

Bahkan, walaupun tidak memahami bahasa Korea, hampir kebanyakan peminat fanatik kumpulan K-Pop itu boleh mendendangkan bersama lagu-lagu yang diperdengarkan. Namun, peliknya 'konsert' pada malam itu, kelibat anggota BBVIP iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri tidak pula kelihatan di atas pentas.

Berbeza daripada konsert biasa, rupa-rupanya 'konsert istimewa' itu merupakan tayangan di skrin putih konsert terbaharu kumpulan berkenaan di Korea.

"Ketika tayangan berlangsung, kami bayangkan suasana ketika itu seperti menghadiri konsert sebenar. Kami akan menyanyi, menjerit, bersorak dan menangis bersama-sama. Tapi setiap tayangan dikenakan bayaran. Bagaimanapun bayaran tersebut akan disumbangkan ke pusat kebajikan yang terpilih," kata Zaty Aziz, 25, salah seorang peminat fanatik kumpulan berkenaan. Lapor Kosmo.

Jika anda tertanya, mengapa atau bagaimana sebuah konsert yang hanya memaparkan kumpulan K-Pop di layar skrin putih boleh mengumpulkan ratusan penonton, jawapannya adalah obsesi anak muda terhadap aliran muzik itu telah mewujudkan sebuah jaringan dipanggil komuniti K-Pop.

Komuniti K-Pop di Malaysia sebenarnya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang digerakkan terutamanya menerusi medium jaringan sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Peminat fanatik itu biasanya dipecahkan mengikut kumpulan yang digemari.

Bagaimanapun, kebiasaannya peminat K-Pop di Malaysia tetap saling mengenali kerana saling berhubungan di internet atau menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti tayangan konsert atau jualan. Zaty contohnya merupakan moderator kelab peminat kumpulan BBVIP dan 2NE1.

"Bak kata orang dari mata jatuh ke hati. Genre muzik dan gaya penampilan yang dimainkan kumpulan BBVIP sedap didengar dan berbeza daripada muzik yang biasa terdapat di negara ini," katanya yang pernah ke Korea untuk menonton persembahan konsert BBVIP itu.


SEKUMPULAN anak muda yang meminati aliran muzik K-Pop yang membentuk satu komuniti unik dalam kalangan remaja.

Diberitakan, komuniti K-Pop secara umumnya mula hangat diperkatakan dari kedai-kedai kopi sehingga ke laman web sosial sejak tahun 2008. Sebelum itu, peminat K-Pop hanya bergerak secara individu dan dalam kumpulan kecil, namun sejak tahun 2009 ditambah pula dengan kehadiran laman sosial Facebook, Twitter dan Tagged ia memeriahkan lagi fenomena K-Pop di negara ini.

"Dengan kewujudan media baharu, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua sehingga sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah," ujar Iza Yanti Muhammad, 27 dipetik dari Kosmo.

Seperti penyanyi Rain dan Wonder Girls yang sudah mula memahat nama mereka di persada seni muzik Amerika Syarikat.

"Di Malaysia, semuanya bermula ketika artis berkumpulan Super Junior yang mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single terbaik mereka Sorry, Sorry pada tahun 2009. Bahkan, mereka sudah mengadakan konsert pertama mereka di sini.

"Selain itu ditambah pula dengan penubuhan kelab peminat mereka yang diberi nama ELF atau Ever Lasting Friends, maka kemuncak kegilaan K-Pop mula membuak-buak," katanya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta.

"Di Korea, kebanyakan ahli kelab peminatnya adalah peminat tegar seseorang artis solo atau berkumpulan, malah mereka tidak bergaul dengan peminat artis lain. Peminat tegar K-Pop Korea bersifat mempertahankan artis pujaan mereka sehingga kadang-kadang mencetuskan pergaduhan.

"Namun, sebaliknya berlaku di negara ini. Majoriti peminat muzik K-Pop meminati lebih daripada satu artis. Pendek kata kami meminati muzik mereka dan konsep persembahan yang dibawa artis tersebut," kata Iza lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajarkah dibiarkan, Pop Korea ini 'menakluk pemikiran dan budaya remaja Malysia? Inikah kesan dari Program Hari Belia tajaan pemimpin UMNO di negara ini?
(IH/Sumber Kosmo Online)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

  1. In sha Allah ..sedikit komentar ringkas. Hiburan melampau sememangnya senjata pekerja Dajjal Al masih, yang seperti maklum memesongkan akidah dan fokus remaja Islam khususnya disemua dunia Islam dan negara bukan Islam selebihnya.K-pop dipelopori gadisan genit Korea pula mencedok kebanyakan sumber dan ilhamnya dari barat terutamanya Amerika Syarikat - Hollywood atau/dan Disneyland nya, lantaran Korea S adalah sekutu kuat AS di rantau Timur jauh. Dalam konteks Malaysia..Perangi aje segala gejala yang mengundang "Murka" Allah Subhana wa Te'ala terhadap makhlukNya..AMIN

    ReplyDelete
  2. nak hibura boleh tapi ada batas

    ReplyDelete