FELIX GUIROLA melambai tangan semasa menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu.
Lelaki tunggang basikal setinggi rumah
HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini. Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar. "Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.
"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.
Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983. Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.
Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (1)
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)
No comments:
Post a Comment