IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda
PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada
satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh
Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu
bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu
bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun
pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan
tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan
maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan
terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi
tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily
selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini. (IH)
No comments:
Post a Comment